PROGRAM PRAUNIVERSITI
MSU tawar tujuh program pengkhususan
sehingga peringkat ijazah
Management & Science University (MSU), satu daripada universiti terbaik di Malaysia yang memfokuskan kepada bidang pengajian kritikal, memenuhi keperluan industri dan pasaran kerjaya.
Bidang itu merangkumi pengkhususan seperti perubatan, sains kesihatan, farmasi, sains maklumat dan kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan pengajian profesional, pendidikan dan sains sosial serta hospitaliti dan seni kreatif.
Penawaran program prauniversiti di MSU bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) mendapat pendedahan awal pengkhususan pengajian serta hala tuju yang bakal dilalui sehingga peringkat ijazah.
Program selama setahun itu meliputi tiga semester pengajian dan memberikan pelajar pendedahan awal mengenai sesuatu bidang pengkhususan serta hala tuju kerjaya.
Melalui
MSU menawarkan tujuh pilihan program prauniversiti iaitu teknologi maklumat, perniagaan, undang-undang, sains biologi/sains hayat, Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL), seni visual, kejuruteraan dan teknologi.
Setiap pilihan program ini membolehkan pelajar mengikuti program ijazah sarjana muda di MSU menerusi Fakulti Kesihatan & Sains Kehidupan, Fakulti Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional, Fakulti Sains Maklumat & Kejuruteraan, Sekolah Perubatan Antarabangsa, Sekolah Pendidikan & Sains Sosial, Sekolah Hospitaliti & Seni Kreatif dan Sekolah Farmasi.
Antara bidang pengajiannya ialah MBBS, sains biomedical, optometri, sains forensik, farmasi, perniagaan antarabangsa, TESL, perakaunan, kewangan, komputer forensik, kejuruteraan komputer, undang-undang dan perdagangan dan rekaan fesyen.
Menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman serta visi komited mencerna kecemerlangan graduan, MSU menjadi landasan terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu teori atau amali.
Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajarnya melalui aktiviti kokurikulum bagi melengkapkan mereka dengan nilai etika dan moral.
Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyaksikan kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap
98.6 peratus iaitu tertinggi di Malaysia.
MSU turut disenaraikan sebagai Universiti
Cemerlang sebanyak dua kali oleh KPT melalui sistem penarafan ke atas semua institusi pengajian tinggi.
Pencapaian lain MSU termasuk memenangi
dan
di Malaysia serta mendapat penarafan lima bintang Quacquarelli Symonds, QS 2016 bagi pengajaran kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program pengajian ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling & Komunikasi ditalian 03-55216868 atau layari www.msu.edu.my.