LES BLEUS MENGGANAS
Dembele. Jaringan keduanya adalah menerusi tandukan selepas menyambut hantaran Dmitri Payet sebelum melengkapkan hatrik menerusi hantaran cantik daripada pemain gantian Lucas Digne pada separuh masa kedua.
“Ia sesuatu yang bagus, saya mendapat sokongan hebat daripada rakan sepasukan. Saya membantu menyempurnakan tugas dan gembira kerana ia adalah ganjaran kerja berpasukan,” kata Giroud.
Deschamps ternyata lebih berpuas hati dengan aksi pasukannya.
“Penyerang kami menjaringkan gol, ia sesuatu yang bagus. Kini kami akan tampil dengan aksi berbeza menjelang pertemuan de- ngan Sweden.”
Mengenai aksi Giroud, Deschamps berkata: “Dia penyerang terbaik kami. Dia terus memburu gol dan jika tidak menjaringkan gol, Giroud membantu yang lain melakukannya.
“Malah dia menampilkan aksi sebegini biarpun berdepan musim sukar di kelabnya.”
Sewaktu menilai mengenai cabaran di Stockholm minggu depan Deschamps berkata: “Ketika kami berdepan pasukan berada di belakang, keputusan lebih baik akan meletakkan kami dalam situasi terbaik layak ke Piala Dunia.”
Selepas lima aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia, Perancis mendahului Kumpulan A dengan 13 mata, tiga mata mendahului Sweden di tempat kedua manakala Bulgaria mengumpul sembilan mata, ketiga dan Belanda tujuh mata, keempat.
Selepas aksi bertemu Sweden, Perancis dijangka bertemu England dalam perlawanan persahabatan di Paris pada 13 Jun ini.