Harian Metro

MAYAT KHILAF

Akibat dua nama hampir sama menyebabka­n jenazah lelaki mualaf dibakar di sebuah pusat pengurusan mayat, kelmarin. Bagaimanap­un abu mayat berkenaan diserahkan semula kepada sebuah pusat kebajikan untuk dikebumika­n secara Islam selepas kekeliruan identiti d

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara sudah berlaku dan abu mayat itu hanya diserahkan kepada kami tengah hari tadi (semalam) untuk diuruskan mengikut cara Islam”

Mohd Azmi Md Zain

Kekeliruan yang timbul kerana dua nama mayat yang hampir sama menyebabka­n berlaku kesilapan ketika urusan menuntut mayat seorang lelaki mualaf di Unit Forensik Hospital Kajang, di sini, kelmarin.

Akibat kekeliruan itu, mayat Lim Ah San atau nama Islamnya Hassan Abdullah, 74, yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, di sini, dibakar di sebuah pusat pengurusan mayat di Cheras.

Selepas menyedari kesilapan yang berlaku, abu mayat Allahyarha­m Hassan diserahkan semula kepada pusat kebajikan itu sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia Mohd Azmi Md Zain berkata, pihak yang menguruska­n tuntutan mayat di Unit Forensik Hospital Kajang dipercayai keliru kerana ada dua mayat lelaki Cina yang kedua-duanya memiliki nama hampir.

Menurutnya, mayat seorang lagi lelaki Cina, Chu Kim San, 70-an, adalah penghuni Rumah Seri Kenangan.

“Kami menerima panggilan daripada Hospital Kajang kira-kira jam 10 pagi semalam (kelmarin) memaklumka­n bahawa Hassan sudah meninggal dunia dan mayatnya ditempatka­n di Unit Forensik hospital itu sementara menunggu dituntut waris terdekat.

“Kira-kira sejam kemudian, beberapa wakil pusat jagaan kami pergi ke Unit Forensik untuk menuntut mayat itu dan dimaklumka­n proses terbabit akan mengambil masa beberapa jam kerana perlu mematuhi beberapa prosedur.

“Pada jam 3 petang, kami dibenarkan untuk memandikan jenazah mualaf terbabit, tetapi kami terkejut apabila dimaklumka­n jenazah itu sudah tiada dan diserahkan kepada wakil se- buah badan kebajikan dipercayai kerana keliru dengan nama Cina kedua-dua mayat yang hampir sama,” katanya.

Beliau berkata, pihak hospital segera menghubung­i wakil badan kebajikan itu dan dimaklumka­n jenazah sudah dibawa ke pusat pengurusan mayat dan dibakar.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara sudah berlaku dan abu mayat itu hanya diserahkan kepada kami tengah hari tadi (semalam) untuk diuruskan mengikut cara Islam.

“Wakil Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir ketika waktu pengebumia­n, hari ini (semalam),” katanya.

Azmi berkata, Hassan menjadi penghuni rumah Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia sejak tiga tahun lalu dan memeluk Islam pada tahun lalu.

Katanya, Allahyarha­m dimasukkan ke Hospital Kajang pada minggu lalu kerana penyakit tua sebelum disahkan meninggal dunia, kelmarin.

 ??  ?? mayat mualaf
ABU
kepada diserahkan kembali
pusat kebajikan. pengurusan
mayat mualaf ABU kepada diserahkan kembali pusat kebajikan. pengurusan
 ??  ?? PAPAN kenyataan di bilik mayat menunjukka­n kekeliruan yang timbul
di Hospital Kajang.
PAPAN kenyataan di bilik mayat menunjukka­n kekeliruan yang timbul di Hospital Kajang.
 ??  ?? MOHD Azmi (tengah) berbincang dengan ahli keluarga jenazah Hassan
Abdullah.
MOHD Azmi (tengah) berbincang dengan ahli keluarga jenazah Hassan Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia