Harian Metro

RAMADAN BAWAH KHEMAH

Lapan beranak jalani ibadat puasa bawah khemah selepas kediaman terbakar Rabu lalu

- Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

Lapan beranak cekal menjalani ibadat puasa walaupun hanya tinggal di bawah khemah sempit di Kampung Bechah Kaki, Lubok Stol, di sini, sepanjang Ramadan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, Rabu lalu.

Lebih sedih apabila keluarga itu terpaksa bersahur dan berbuka di bawah khemah yang tidak mempunyai dapur atau ruang makan kerana ia dibina hanya muat untuk mereka duduk serta berehat.

Zaki Ismail, 45, dan isterinya, Zurina Abd Rahman, 42, reda dengan ujian di awal Ramadan itu dan bersyukur kerana lima anak perempuany­a bersama seorang cucu berusia tiga bulan terselamat dalam insiden kebakaran lalu.

Zaki melahirkan kesyukuran kerana ramai penduduk kampung dan saudara-mara datang menghantar kuih serta lauk kepada mereka setiap kali berbuka.

“Malah, ada antara mereka yang mahu menumpangk­an rumah untuk saya dan keluarga, tetapi terpaksa menolak kerana tidak mahu menyusahka­n memandangk­an saya mempunyai sebuah keluarga yang besar.

“Namun pada waktu malam cuaca di sini agak sejuk ditambah dengan ruang yang sempit, jadi ada antara anak saya yang tidur di rumah saudara terdekat.

“Buat masa ini, saya masih mencari rumah sewa kerana bimbang dengan keselamata­n keluarga memandangk­an khemah kami berdekatan jalan utama yang turut dilalui kenderaan berat,” katanya, di sini, semalam.

Zaki berkata, dia meminta bantuan jiran terdekat untuk menyambung bekalan elektrik di khemahnya dan menumpang mandi serta membasuh pakaian di rumah mereka.

“Walaupun terpaksa berhimpit di khemah yang sempit ini, saya bersyukur kerana masih ada tempat berteduh. Saya cuma fikirkan keselamata­n semua anak perempuan berusia antara lima hingga 21 tahun dan cucu yang perlukan tempat tinggal lebih selamat serta selesa.

“Alhamdulil­lah, ramai yang datang memberi sumbangan wang dan pakaian kepada kami termasuk pemimpin tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZAKI melihat keadaan rumahnya. KEADAAN khemah Zaki sekeluarga berteduh selepas rumahnya terbakar.
KHEMAH Zaki sekeluarga berteduh sejak Rabu lalu.
ZAKI melihat keadaan rumahnya. KEADAAN khemah Zaki sekeluarga berteduh selepas rumahnya terbakar. KHEMAH Zaki sekeluarga berteduh sejak Rabu lalu.
 ??  ?? ZURINA membasuh pinggan mangkuk.
ZURINA membasuh pinggan mangkuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia