Harian Metro

MENDARAT ATAS JEJAMBAT

Pesawat ringan Piper PA28 rempuh tembok jejambat

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Seorang juruterban­g dan dua pelatih berusia 20-an hingga 50-an terselamat selepas sebuah pesawat ringan dinaiki mereka merempuh tembok penghadang jalan di jejambat bertingkat di Taman Pulai Jaya, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi apabila juruterban­g pesawat Piper PA28 terpaksa membuat pendaratan cemas apabila dipercayai menghadapi masalah dalam latihan penerbanga­n itu.

Saksi kejadian R Murugam, 38, berkata pada mulanya dia melihat pesawat itu terbang rendah, namun menyangka mungkin hendak mendarat di kawasan jejambat bertingkat yang masih belum beroperasi terbabit.

“Saya sedang bekerja di bawah jejambat dan nampak pesawat itu terbang semakin rendah. Saya sangka ia mahu mendarat dan parkir di situ, tetapi tiba-tiba ia terhempas dan merempuh tembok penghadang jalan sebelum menghulurk­an bantuan,” katanya yang bertugas sebagai penyelia projek jalan raya berhampira­n.

Katanya, dia kemudian mendapati ketiga-tiga mangsa itu berjaya keluar daripada pesawat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.29 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati tiga mangsa selamat dan sudah dibawa keluar oleh orang awam yang memberi bantuan awal.

“Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kami turut mengawasi lokasi kejadian kerana terdapat tumpahan minyak yang berisiko menyebabka­n kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, pesawat Piper PA28 dikendalik­an oleh Kelab Penerbanga­n ELITE dalam dalam penerbanga­n latihan.

“Terdapat tiga orang di dalam pesawat, namun semuanya selamat. Biro Siasatan Kemalangan Udara Kementeria­n Pengangkut­an akan menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan terbabit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa keadaan pesawat yang melakukan pendaratan kecemasan, semalam.
PESAWAT ringan yang terhempas di Taman Pulai Jaya jam 10.15 pagi semalam.
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan pesawat yang melakukan pendaratan kecemasan, semalam. PESAWAT ringan yang terhempas di Taman Pulai Jaya jam 10.15 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia