Harian Metro

Pencuri gerudi bilik kebal larikan barang kemas

-

Kuala Terengganu: Sekumpulan penjenayah dipercayai melarikan sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di Jalan Banggol, di sini, semalam, selepas menebuk peti besi simpananny­a.

Kejadian itu disedari pemilik kedai berkenaan ketika ingin memulakan perniagaan kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut sumber, penjenayah dipercayai memecah masuk bangunan dua tingkat itu dengan mengguntin­g dinding zink sebelum memanjat siling dan menuju ke ruang kedai emas yang berada di tingkat bawah premis terbabit.

Katanya, sebaik masuk, penjenayah bertindak menebuk dinding bilik kebal menggunaka­n mesin penggerudi sebelum menebuk peti besi yang ada di dalam bilik berkenaan.

“Hasil siasatan pemilik kedai memaklumka­n penggera yang dihubungka­n menerusi telefon bimbit ada berbunyi kira-kira jam 10.30 malam dan 11.30 malam tadi.

“Selepas bunyi berkenaan, pemilik kedai terbabit yang tinggal di sekitar bandar raya ini pergi ke kedai untuk membuat pemeriksaa­n,” katanya.

Sumber berkata, pemilik kedai terbabit memaklumka­n hanya melihat bahagian hadapan kedai dan tidak mengesyaki sebarang kejadian jenayah berikutan penggera itu sering berbunyi pada wak- tu hujan.

Katanya, pemilik kedai berkenaan tidak membuat pemeriksaa­n di bahagian belakang atau di dalam kedai kerana menyangka penggera berbunyi kerana hujan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian.

 ??  ?? UNIT Forensik memeriksa tempat kejadian. ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian pecah masuk di Kedai Emas Sri Terengganu, Jalan Banggol.
UNIT Forensik memeriksa tempat kejadian. ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian pecah masuk di Kedai Emas Sri Terengganu, Jalan Banggol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia