Harian Metro

Contengan lumayan Julia

Minat suka-suka seorang ibu tunggal kini bertukar kerjaya menguntung­kan

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Minat menconteng atau doodle bagi Nor Juliana Md Ali, 37, bukan sahaja mampu menghilang­kan tekanan, malah aktiviti itu kini secara tidak langsung turut menjana pendapatan lumayan.

Ibu tunggal dua anak ini berkata, contengan dibuat bukan sembaranga­n, sebaliknya perlu memiliki daya kreativiti dan bersesuaia­n dengan selera masyarakat masa kini.

Menurutnya, minat melakukan doodle berkenaan bermula selepas diminta menconteng karikatur watak filem Star Wars pada kasut anak keduanya Adam Hakimi Abdullah, 12, pada awal tahun ini.

Katanya, sejak itu, dia mula ketagih dan banyak menghabisk­an masa lapang dengan menconteng kasut terutama tempahan diterima daripada pelanggan.

“Anak beri alasan tak ada kasut sesuai nak pakai, jadi saya conteng karikatur itu. Hasilnya amat menarik sebelum gambarnya dimuat naik ke blog ‘notachenta­mummy’ dan laman sosial Facebook (FB) milik saya.

“Sejak itu pengikut blog dan rakan FB mula bertanya bagaimana mahu buat tempahan kerana mereka tertarik dengan hasil kerja tangan saya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Kesidang, di sini, kelmarin.

Wanita yang lebih mesra dengan panggilan Julia itu berkata, setakat ini, dia sudah menconteng lebih 100 pasang kasut putih dengan pelbagai corak dan semuanya tempahan pelanggan.

Pada kebiasaan, katanya, dia mengenakan bayaran antara RM50 dan RM60 bagi sepasang dengan setiap tempahan paling cepat boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.

“Namun saya tetapkan masa sekurang-kurangnya seminggu bagi setiap tempahan kerana perlu mengikut giliran. Syukur hasil tangan dan karya saya ada yang minat,” katanya.

Katanya, dia turut menerima tempahan dari Johor, Kedah, Pulau Pinang dan negeri ini.

“Tempahan paling banyak diterima lima pasang kasut daripada seorang kenalan FB. Dia menempah hasil doodle saya untuk semua ahli keluargany­a.

“Lukisan yang saya lakar pada kasut kebanyakan­nya bermotifka­n karikatur

monster, meow dan floral. Inilah motif paling tinggi permintaan­nya,” katanya.

 ??  ?? NOR Juliana menunjukka­n hasil kerja tangannya. NOR Juliana memakaikan kasut yang diconteng khas untuk anaknya Adam.
NOR Juliana menunjukka­n hasil kerja tangannya. NOR Juliana memakaikan kasut yang diconteng khas untuk anaknya Adam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia