Harian Metro

Syukur sekolah terpilih dibaik pulih

-

Kuala Lumpur: Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn di Kampung Pandan, di sini, antara sekolah terpilih di seluruh negara yang mendapat peruntukan Projek Penambahba­ikan dan Penyenggar­aan Sekolah Menggunaka­n Peruntukan Tabung Khas (PPKHAS) Tahun 2017.

Guru Besarnya, Eleena Haslin Muslim berkata, beliau gembira dan bersyukur kerana sekolahnya terpilih antara tiga sekolah di Kuala Lumpur yang menerima peruntukan untuk penambahba­ikan dan penyenggar­aan menerusi PPKHAS 2017.

Menurutnya, sekolah berkenaan dibuka pada 1948 dan pada asalnya hanya bangunan kayu sebelum ditambah baik kepada bangunan batu sepenuhnya dalam beberapa proses penambahba­ikan.

“Sekolah ini mempunyai empat bangunan untuk kegunaan 959 pelajar, 66 guru serta lapan kakitangan pentadbira­n.

“Kami memerlukan penyenggar­aan pendawaian elektrik kerana pendawaian sekolah sedia ada sudah terlalu lama dan ada yang sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Saya beberapa kali membuat permohonan untuk membaikiny­a dan Alhamdulil­lah, kali ini sekolah kami dipilih dan bagi pihak sekolah, saya mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan,” katanya ketika ditemui di sekolah terbabit, baru-baru ini.

Eleena Haslin berkata, Jabatan Kerja Raya sudah melawat sekolah itu, baru-baru ini, dan beliau berharap kerja-kerja penyenggar­aan serta penambahba­ikan itu dapat dilaksanak­an secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia