Harian Metro

‘Pemandu masih menerima rawatan’

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tindakan ke atas pemandu van membawa pelajar tahfiz hingga kemalangan maut di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, Jumaat lalu hanya akan diputuskan selepas siasatan selesai.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya kini melengkapk­an siasatan kes berkenaan dan sudah merakam percakapan beberapa saksi dan pemandu berusia 24 tahun itu.

“Kita akan putuskan (tindakan) selepas kertas siasatan lengkap. Buat masa ini siasatan diperincik­an dan pemandu berkenaan juga masih menerima rawatan di Hospital Machang.

“Punca kemalangan disebabkan kenderaan dipandu laju kerana cuba memotong kenderaan lain. Cuaca ketika kejadian juga sangat baik (yang tidak memungkink­an ada faktor lain kemalangan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Mengulas lanjut, Din berkata, pemandu terbabit yang juga kakitangan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Tualang, Kuala Krai juga bukan pemandu tetap, malah tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, pihak pengurusan maahad melantik seorang pemandu tetap untuk van itu, namun pada hari kejadian, dia hanya menjadi penumpang di tempat duduk hadapan.

“Ia tetap menjadi kesalahan apabila pemandu tidak mempunyai lesen memandu bawa kenderaan walaupun mahu bantu rakan,” katanya.

Harian Metro pada Sabtu melaporkan, van yang membawa 12 pelajar tahfiz dan dua guru agama terbabas serta merempuh rumah di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Telekong, Kuala Krai kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat.

Tidak diketahui mengapa tekaknya tidak mampu menerima nasi, malah apabila cuba untuk makan, Muhammad Syahin Mohd Razudin, 13, memuntahka­nnya kembali.

Bukan itu saja, remaja orang kurang upaya (OKU) itu juga tidak pernah merasa keenakan bihun, mi, laksa atau laksam mahupun segala jenis lauk-pauk berkuah.

Dia yang tinggal di Tanah Putih Baru menjadikan roti canai dan ketupat sebagai makanan utamanya, selain ayam goreng yang sememangny­a menjadi kegemaran anak sulung daripada tiga beradik itu.

Menurut ibunya, Zaliha Ahmad, 41, anaknya yang mengalami masalah pembelajar­an dan tidak mampu bercakap itu seakan-akan ‘alah’ pada makanan ruji itu sejak kecil.

“Ketika berusia setahun saya pernah menyuapnya nasi namun Muhammad Syahin muntah tidak berhenti-henti menyebabka­n saya takut untuk memberinya makan nasi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, setiap hari anaknya makan roti canai dan minum air kosong saja.

“Muhammad Syahin memang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia