Harian Metro

Air paip berlabel zamzam

-

Kuala Lumpur: Air paip dibotolkan sebelum ditampal pelekat berlabel produk air zamzam. Itu kegiatan tidak bertanggun­gjawab sindiket yang tidak mempedulik­an halal haram apabila sanggup menipu umat Islam dengan mengeluark­an produk air zamzam palsu.

Video pihak berkuasa Arab Saudi menyerbu tempat pembotolan air zamzam palsu yang tular dalam aplikasi WhatsApp turut menimbulka­n kegusaran masyarakat di negara ini kemungkina­n produk palsu itu sudah ada di pasaran Malaysia.

Rakaman video kira-kira seminit itu turut memaparkan proses air zamzam palsu dibotolkan sebelum ditampal pelekat dan dimasukkan ke dalam kotak untuk edaran.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, tiada larangan khusus dalam agama Islam berkaitan penjualan air zamzam.

“Namun jika ada pihak yang memalsukan, ini adalah bentuk penipuan. Bukan saja untuk air zamzam tetapi terpakai untuk semua produk.

“Agama melarang pemalsuan terutama membabitka­n jual beli. Contohnya, jika ada orang yang mahu membeli produk A tetapi dia dapat produk B, maka ia adalah penipuan dan sangat dilarang,” katanya.

Laporan eksklusif Harian Metro pada 11 Mei dua tahun lalu membongkar mengenai sekurang-kurangnya tiga jenama air zamzam yang dijual di negara ini diragui ketulenann­ya, malah ujian kimia yang dilakukan turut mendapati satu daripada jenama berkenaan sudah tercemar.

 ??  ?? PEKERJA mengisi air ke dalam botol.
AIR yang diambil daripada paip.
LABEL air zamzam namun isi sebenar air paip.
PEKERJA mengisi air ke dalam botol. AIR yang diambil daripada paip. LABEL air zamzam namun isi sebenar air paip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia