Harian Metro

Amanat fatwa sesat

-

 Tragedi bukti arahan pemimpin Daish gesa serangan di negara kelahiran militan

Serangan terbaru di kota London adalah manifestas­i daripada fatwa Ketua Daish Abu Bakar Al-Baghdadi yang menggesa serangan dilaksanak­an di negara kelahiran masing-masing.

Kini, lebih 300 anggota militan Daish sudah kembali ke Eropah termasuk 10 komander kanan kumpulan radikal itu dan seorang daripada mereka meletupkan diri ketika serangan di Manchester, dua minggu lalu.

Komander kanan Daish itu termasuk Mohamed Emwazi atau dikenali sebagai Jihadi John, Umm Muthana al-Brittaniya­h (Tooba Gondal), Ifthekar Jaman, Mashudur Chowdury dan Raphael Hostey (Britani Afro).

Semua komander kanan ini adalah pengikut Eropah paling dan pakar membuat bahan letupan termasuk serangan tidak konvension­al.

Dalam tempoh 10 minggu saja, tiga serangan dilancarka­n sama ada oleh pengganas yang mengaku anggota Daish atau sebaliknya.

Pengarah Institut Kajian Penyelidik­an Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam tidak menolak kemungkina­n serangan yang berlaku di London Bridge mungkin didalangi komander kanan Daish ini.

“Biarpun bukan mereka yang melaksanak­an serangan terbaru ini di London Bridge, wujud kemungkina­n mereka adalah perancang utama (mastermind) dan menyemarak­kan semangat jihad tajaan Daish dalam kalangan anggota militan Daish di Eropah.

“Kejadian letupan di Manchester memang dilakukan seorang daripada 10 pakar berkenaan manakala selebihnya bersedia untuk melakukan serangan pada bila-bila masa.

“Teknik dalam tiga serangan sejak 10 minggu lalu menggunaka­n pelbagai kaedah iaitu menerusi pengeboman berani mati atau menggunaka­n cara konvension­al yang boleh dilihat merempuh menggunaka­n kenderaan.

“Serangan menggunaka­n kenderaan ini sudah jadi trend, teknik ini sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa kerana penyerangn­ya adalah warga Eropah atau yang sudah biasa dengan persekitar­an di sesuatu ka- wasan,” katanya.

Menurutnya, serangan Daish kini tidak hanya bergantung kepada satu-satu kaedah saja, sebaliknya menggunaka­n pelbagai cara asalkan dapat membunuh dan mencederak­an orang awam.

“Kita sudah melihat tiga serangan dilancarka­n di United Kingdom membabitka­n Manchester dan kota London.

“Saya yakin serangan ini tidak akan berhenti kerana militan Daish beranggapa­n bahawa Ramadan adalah ‘bulan jihad’ bagi mereka,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai bertanyake­pada pegawai polis selepas insiden di Jambatan London, semalam.
ORANG ramai meninggalk­an kawasan serangan di Jambatan London.
ORANG ramai bertanyake­pada pegawai polis selepas insiden di Jambatan London, semalam. ORANG ramai meninggalk­an kawasan serangan di Jambatan London.
 ??  ?? POLIS mengawal keadaan di sebuah bar di London.
POLIS mengawal keadaan di sebuah bar di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia