Harian Metro

Arakan, Cox’s Bazar perlu bantuan segera

-

Kuala Lumpur: Arakan dan Cox’s Bazar kritikal serta perlu bantuan segera. Dua pakej makanan untuk saudara Muslim sempena Ramadan dilancarka­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), bakal memberi manfaat kepada lebih 1,000 keluarga yang tinggal di kem penempatan di Rakhine, Myanmar dan Cox’s Bazar, Bangladesh yang menjadi mangsa taufan Mora.

Berdasarka­n maklumat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, keadaan ketika ini begitu mendesak kerana etnik Rohingya yang berada di kampung dan kem penempatan terputus bekalan makanan, selain tempat tinggal musnah akibat bencana.

Naib Presiden MAPIM Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ketika ini kehidupan di beberapa kem di kedua-dua negara berkenaan tidak banyak berubah, malah bertambah teruk ekoran krisis yang melanda di daerah Maungdaw, Myanmar sejak 9 Oktober lalu.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan taufan Mora yang melanda dan antara lokasi paling teruk adalah kem yang menempatka­n 300,000 etnik Rohingya, menambahka­n lagi kesengsara­an mereka.

“Kita baru saja melawat ke beberapa kem di Arakan dan Cox’s Bazar dan mendapati mereka begitu memerlukan bantuan masyarakat antarabang­sa dari segi keperluan asas. Apatah lagi ketika berdepan bencana, sudah pasti keadaan bertambah buruk.

“MAPIM melancarka­n Pakej Makanan Ramadan Selamatkan Rohingya dan memohon sumbangan RM100 (AS$23) untuk setiap pakej yang boleh dinikmati satu keluarga dan ia mencukupi untuk tempoh sebulan,” katanya kepada Harian Metro.

Justeru, katanya, sumbangan boleh diberikan menerusi akaun Bank Islam Rohingya Humanitari­an Fund-MAPIM (0202001007­2272) dan Maybank Baitul Rahmah MAPIM (5520952244­32).

MAPIM juga prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampu­an di negara ini dan tampil dengan pakej Dhu’afa Care untuk membantu petani serta penoreh getah di beberapa kawasan.

“Untuk pakej ini, kita buka kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan RM80 (AS$18) untuk kita beli barangan keperluan dan hantar kepada penerima,” katanya yang mengetuai delegasi MAPIM ke kawasan bencana pada 15 Jun ini.

Chittagong

Di kala kanak-kanak seusia dengannya riang bermain dan belum mengenal erti dugaan dalam sebuah kehidupan, situasi berbeza dihadapi anak kelahiran wilayah Chittagong ini.

Baru berusia sembilan tahun, namun semangat dan kematangan­nya dalam mengharung­i liku-liku kehidupan wajar dicontohi serta dipuji.

Abu Bakar Azizulhaq terpaksa berjalan kaki sejauh 15 kilometer dengan keadaan cuaca tidak menentu, panas terik, laluan lecak dan banjir setiap hari untuk ke madrasah demi menuntut ilmu.

Menempuh perjalanan selama dua jam setiap hari dan keluar dari rumah seawal jam 6 pagi tidak sedikit pun melemahkan semangatny­a.

Setibanya di madrasah pada jam 8 pagi, dia terus memulakan sesi pembelajar­an sehingga jam 1 tengah hari sebelum berjalan pulang ke rumah.

Itu pengorbana­n yang terpaksa dilalui Abu Bakar semata-mata untuk mendalami ilmu agama di Kampung Bhujpur Barat.

Terletak di pedalaman wilayah Chittagong, wartawan Harian Metro yang berkesempa­tan mengunjung­i madrasah berkenaan terkejut dan sayu dengan pengorbana­n yang sanggup dilalui kanak-kanak itu.

Menurut Abu Bakar, dia bersyukur kerana terdapat madrasah yang menawarkan pengajian agama secara percuma.

“Saya tidak kisah jika saya tidak dapat makan, tetapi saya akan rasa terkilan jika tidak dapat ke madrasah untuk mendalami ilmu agama.

“Walaupun saya terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke madrasah, saya tetap akan ke madrasah setiap hari untuk menimba ilmu,” katanya.

Menurutnya, soal cuaca dan jarak yang terpaksa dilaluinya setiap hari tidak sesekali mematahkan semangatny­a demi mendalami ilmu yang sangat berguna itu.

“Kadangkala saya membawa air untuk menjadi bekalan sepanjang perjalanan, tetapi kini bulan Ramadan, saya masih berjalan seperti biasa untuk ke madrasah dan berpuasa.

“Bagi saya, ilmu lebih penting berbanding perkara lain. Saya akan berasa

 ??  ?? KESUNGGUHA­N murid mengikuti kelas agama di Madrasah Abu Hurairah.
KESUNGGUHA­N murid mengikuti kelas agama di Madrasah Abu Hurairah.
 ??  ?? GURU mengajar murid di kelas agama di Madrasah Abu Hurairah, East Bhujpur, Chittagong, Bangladesh.
GURU mengajar murid di kelas agama di Madrasah Abu Hurairah, East Bhujpur, Chittagong, Bangladesh.
 ??  ?? PELARIAN Rohingya membina semula kediaman mereka yang
dimusnahka­n taufan Mora.
PELARIAN Rohingya membina semula kediaman mereka yang dimusnahka­n taufan Mora.
 ??  ?? PELARIAN Rohingya termenung mengenang nasib mereka.
PELARIAN Rohingya termenung mengenang nasib mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia