Harian Metro

Manfaat tiga madrasah pengajian agama

-

terkilan dan rugi sekiranya tidak hadir ke madrasah walaupun sehari,” katanya.

Abu Bakar berkata, dia melakukan pengorbana­n itu demi membantu kedua-dua ibu bapanya yang bekerja sebagai petani.

“Bukan saya tidak mahu tinggal di asrama, tetapi saya perlu pulang ke rumah setiap hari untuk membantu ibu bapa sebagai petani bagi menambah pendapatan keluarga kami.

“Walaupun berasa penat berjalan kaki dua jam setiap hari tetapi saya amat dahagakan ilmu dan yakin Chittagong: Ratusan kanak-kanak di Kampung Bhujpur Barat di wilayah ini menerima manfaat pendidikan selepas tiga madrasah pengajian agama dan tahfiz siap dibina tahun ini.

Pembinaann­ya yang bermula sejak 2005 adalah hasil sumbangan dan keprihatin­an rakyat Malaysia dengan inisiatif yang digerakkan menerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaa­n, EZ Qurban Sdn Bhd.

Menerusi usaha terbabit, kanak-kanak di kampung berkenaan diberi pendidikan al-Quran, fardu ain, bahasa Inggeris, matematik serta bahasa Benggali.

Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Wa

Darul Aitam Muhammad Arshad Ullah berkata, tiga madrasah berkenaan siap sepenuhnya pada tahun ini dan boleh memuatkan kira-kira

200 pelajar dalam satu masa di satu madrasah.

“Hasil sumbangan rakyat Malaysia sama ada melalui EZ Qurban Sdn Bhd atau secara persendiri­an, madrasah ini berjaya dibina dan memberi manfaat yang terlalu bermakna kepada kanak-kanak di sini.

“Mereka adalah kanak-kanak tempatan yang sebelum ini tidak pernah menerima sebarang pendidikan termasuk pendidikan agama kerana kesempitan hidup yang

 Kanak-kanak Kampung Bhujpur Barat, Bangladesh cekal berjalan kaki sejauh 15 kilometer untuk ke madrasah demi menuntut ilmu

dialami, namun saya bersyukur hasil sumbangan rakyat Malaysia, ketiga-tiga madrasah ini siap dibina walaupun tidak sempurna,” katanya.

Muhammad Arshad berkata, bagaimanap­un pihaknya kini mengalami masalah apabila guru mengajar kanak-kanak berkenaan terpaksa bekerja secara sukarela kerana tidak mampu untuk dibayar gaji.

“Mereka (kanak-kanak) belajar di sini secara percuma, jadi gaji guru hanya diharapkan melalui bantuan daripada masyarakat luar namun kini bantuan semakin berkuranga­n menyebabka­n guru tidak menerima gaji.

“Madrasah terpaksa menanggung 26 guru sejak dua tahun lalu namun kini mereka bekerja secara sukarela kerana tidak dibayar gaji,” katanya.

Rrakyat Malaysia yang mahu menghulurk­an bantuan boleh menyumbang ke akaun Maybank 5624 0550 5189, CIMB 8602 9372 25 dan Bank Islam 1211 3010 0292 76 atas nama EZ Qurban Sdn Bhd.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia