Harian Metro

Sempat berbuka sebelum bertembung ambulans

-

Kulim: “Kami sempat berbuka puasa bersama ketika arwah balik dari kerja sebelum dia keluar semula jam 9.30 malam semalam (kelmarin) bertemu rakan-rakannya dan itu kali terakhir saya melihatnya,” kata Salina Anjak Othman, 52, ibu kepada remaja lelaki Muhammad Khairul Aizat Kamarudin,18, yang maut selepas terbabit kemalangan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, mangsa yang memandu kereta Proton Wira bertembung dengan sebuah ambulans Hospital Kulim di Jalan Lunas-Padang Serai berhampira­n Kampung Permatang Tok Dik.

Mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Kulim ke Padang Serai manakala ambulans itu datang dari arah bertentang­an namun sebaik tiba di tempat kejadian kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan ambulans berkenaan.

Akibat kemalangan itu, Muhammad Khairul yang mengalami kecederaan parah di badan dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian sementara kakitangan hospital terbabit pula mengalami kecederaan.

Ibu mangsa, Salina Anjak Othman, 52, berkata, sebelum kejadian, anaknya sempat berbuka puasa bersama sebaik pulang dari tempat kerjanya di kilang kawasan perindustr­ian Kulim.

Bagaimanap­un, anaknya itu keluar semula jam 9.30 malam untuk bertemu rakan-rakannya dan sempat menghantar pesanan melalui WhatsApps bertanya dia berada di mana kira-kira jam 12 tengah malam sebelum arwah memberitah­u masih bersama rakannya.

“Bagaimanap­un, kira-kira jam 5.50 pagi rakan arwah datang ke rumah memaklumka­n anak saya terbabit dalam kemalangan dan kami terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebetulan rakan arwah melalui jalan terbabit dan melihat keretanya dan dia terus ke rumah saya memaklumka­n kejadian itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kulim, di sini, semalam.

Salina berkata, arwah adalah anak bongsu daripada enam adik beradik serta tidak menunjukka­n sebarang petanda pelik dan sentiasa ceria.

“Cuma semalam (kelmarin) arwah ada minta duit kerana gajinya belum masuk dan saya memberi wang kepadanya untuk pergi bekerja.

“Malah, suami saya (Kamaruddin Osman, 55) yang menghidap angin ahmar sempat bercakap sesuatu kepada arwah yang mana kami tidak berapa memahami disebabkan pertuturan­nya tidak begitu jelas ketika anak saya ingin keluar rumah,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang terbabit dalam nahas, semalam.
KEADAAN kereta mangsa yang terbabit dalam nahas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia