Harian Metro

Buang ganja dalam laut

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

 Pasukan APMM temui bahan terlarang bernilai RM1.8j terapung di Pulau Cupu

Sindiket dadah antarabang­sa tidak pernah berputus asa mencari jalan bagi membolehka­n mereka menyeludup dadah termasuk menggunaka­n laluan laut untuk mengaburi mata pihak berkuasa termasuk menyamar sebagai nelayan.

Malah, sindiket itu bersekongk­ol dengan rakyat tempatan di sini yang akan mengambil dadah di perairan negara di lokasi yang ditetapkan sebelum diseludup masuk ke sini bagi pasaran tempatan dan luar negara.

Modus operandi menggunaka­n laluan laut adalah antara cara digunakan sindiket selepas laluan darat dan udara sering menemui kegagalan akibat ditahan polis negara ini berdasarka­n beberapa siri kejayaan pasukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Terbaru, tiga lelaki dipercayai anggota sindiket pengedar dadah antarabang­sa membuang 629 ketul ganja mampat bernilai RM1.8 juta ke dalam laut selepas terkejut dengan kehadiran sekumpulan pemancing tempatan di perairan Pulau Cupu, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, pasukan anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang melaksanak­an Op Satria menemui semula dadah terbabit yang terapung 6.5 batu nautika di Barat Daya Pulau Cepu, di sini.

Ketua Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata, ketulan ganja mampat seberat 629 kilogram yang diikat berbentuk kotak dan dibalut kemas dengan plastik hitam itu ditemui terapung jam 9.20 pagi.

“Terdahulu, tiga penjenayah yang menaiki bot nelayan kelas B tanpa nombor pendaftara­n dilaporkan mencampak bungkusan plastik hitam ke dalam laut selepas terserempa­k dengan sekumpulan pemancing.

“Berdasarka­n maklumat awam itu, pasukan APMM menaiki bot Petir 81 dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan menemui bungkusan mengandung­i ketulan mampat daun kering disyaki ganja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, rampasan ganja itu adalah yang terbesar bagi APMM Wilayah Utara sejak dua tahun lalu dan dipercayai cuba diseludup dari negara jiran untuk pasaran di negara ini.

“Bagaimanap­un, motif penjenayah mencampak bungkusan ganja ke laut masih disiasat dan tiada tangkapan dibuat kerana penjenayah sudah melarikan diri sebelum ketibaan anggota APMM.

“Kami percaya sindiket ini cuba menyeludup dadah ke negara ini untuk pasaran tempatan namun gagal selepas disedari pemancing yang berada di lokasi itu,” katanya.

Selain itu, Zulkarnain berkata, penubuhan Rakan Maritim (RAKAM) yang dianggotai komuniti nelayan terbukti berkesan dalam membantu APMM menangani jenayah penyeludup­an dadah ke negara ini.

“Ini kerana

kejayaan APMM mengesan 629 ketul ganja mampat di perairan Pulau Cepu di sini, semalam (kelmarin) adalah hasil maklumat pantas yang disalurkan ahli RAKAM.

“Tindakan mereka patut dipuji apabila segera melaporkan kepada pihak berkuasa selepas melihat sebuah bot nelayan kelas B bergerak dalam keadaan mencurigak­an dan mencampakk­an objek ke laut,” katanya.

Beliau berkata, jika berlaku sebarang kejadian mereka boleh hubungi talian kecemasan 999 atau Bilik Operasi Daerah Maritim 1 di Bukit Malut di sini, di talian 04-9662750.

 ??  ?? ZULKARNAIN (dua kiri) menunjukka­n sebahagian daripada ganja yang ditemui terapung berhampira­n Pulau Cupu di Langkawi.
ZULKARNAIN (dua kiri) menunjukka­n sebahagian daripada ganja yang ditemui terapung berhampira­n Pulau Cupu di Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia