Harian Metro

Ugut masuk mercun bola ke dalam mulut

-

Kota Bharu: Enam lelaki bernafsu binatang tergamak merogol remaja perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di sebuah pondok yang jauh dari rumah penduduk di Tok Uban, Pasir Mas, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga mangsa dihantar pulang ke rumah keluargany­a di Bukit Panar, Tanah Merah pada jam 4 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai mengikut teman lelakinya berusia 21 tahun untuk keluar makan rojak di sebuah kedai makan dekat Tok Uban.

“Mereka keluar sekitar jam 11.45 malam Jumaat dan selepas makan, mangsa dibawa ke sebuah pondok terpencil di Tok Uban.

“Di pondok itu sudah ada lima lelaki berusia antara 20 hingga 32 tahun yang menunggu. Mangsa tidak mengenali mereka yang juga kenalan teman lelakinya.

“Disebabkan takut, mangsa cuba melarikan diri dan menjerit meminta tolong tetapi tidak berjaya. Dia ditangkap kumpulan lelaki berkenaan dan diugut akan dimasukkan mercun bola ke dalam mulut sekiranya melawan.

“Mangsa dirogol secara bergilir-gilir semua suspek termasuk teman lelakinya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Din berkata, pada jam 4 pagi, mangsa meminta teman lelaki menghantar­nya ke rumah seorang rakan di Tok Uban sebelum rakannya itu menghantar­nya pulang ke rumah keluarga di Bukit Panar, Tanah Merah.

“Mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Tok Uban, semalam (Sabtu),” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, empat lelaki yang terbabit ditahan di rumah masing-masing di Chetok, Pasir Mas antara jam 3 petang hingga 7 malam hari sama laporan dibuat.

Menurutnya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan didapati positif amphetamin­e. Polis kini memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.

“Semua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpula­n,” katanya.

 ?? Din Ahmad ?? Mangsa dirogol secara bergilir-gilir semua suspek termasuk teman lelakinya”
Din Ahmad Mangsa dirogol secara bergilir-gilir semua suspek termasuk teman lelakinya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia