Harian Metro

Sambung gaduh di hospital

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Suasana di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) bertukar kecoh apabila tiga sekawan yang parah akibat terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Rasah, di sini, masih bergaduh ketika menerima rawatan di hospital berkenaan, kelmarin.

Walaupun masing-masing cedera di leher dan dada, ketiga-tiga lelaki itu termasuk dua beradik yang tidak berpuas hati terus bertumbuk hingga mengejutka­n orang awam serta kakitangan hospital.

Sumber berkata, kejadian bermula jam 12 tengah hari apabila semua lelaki berusia 20, 23 dan 24 tahun meneguk arak di sebuah kedai serbaneka menyebabka­n mereka berada dalam keadaan mabuk.

Menurutnya, lelaki berusia 20 tahun itu kemudian meminta lelaki berusia 23 tahun menarik semula laporan polis dibuat berikutan dia pernah dibelasah sebelum ini.

“Akibat berang, lelaki berusia 20 tahun itu memarahi dua rakannya yang juga adik beradik sebelum bertindak memecahkan botol dan mengelar leher seorang daripada mangsa.

“Pada masa sama, lelaki berusia 24 tahun turut mengelar leher rakannya berusia 20 tahun dengan menggunaka­n kaca sebelum si adik bertindak cuba meleraikan pergaduhan namun ditikam di bahagian dada oleh rakannya itu,” katanya.

Menurutnya, akibat parah dalam pergaduhan, ketiga-tiga mereka bergegas ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTJ jam 1.20 tengah hari bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

“Sewaktu mahu mendapatka­n rawatan, pergaduhan sekali lagi tercetus apabila ketiga-tiga suspek bergaduh sesama sendiri. Keadaan itu mengejutka­n orang ramai dan kakitangan hospital menyebabka­n panggilan dibuat terhadap polis bagi mendapatka­n bantuan,” katanya.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan menahan ketiga-tiga suspek sebaik mereka mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunaka­n senjata.

“Kita (polis) juga mengesan beberapa rakan suspek yang melarikan diri sebaik tiga lelaki berkenaan bergaduh untuk membantu siasatan,” katanya.

 Tiga sahabat mabuk kejutkan kakitangan perubatan

 ??  ??
 ??  ?? TIGA lelaki terus bergaduh di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTJ, kelmarin.
TIGA lelaki terus bergaduh di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTJ, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia