Harian Metro

AMAL JARIAH PAKAIAN 3 TAN

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 Sukarelawa­n kumpul baju raya, 750 set makanan untuk diagihkan kepada lebih 10 rumah kebajikan

Kuala Lumpur

Sebanyak tiga tan pakaian dan 750 set makanan berjaya dikumpul serta diagihkan kepada lebih 10 rumah kebajikan sekitar ibu kota dan Selangor.

Program kebajikan itu yang dikenali sebagai

yang dianjurkan oleh Pertubuhan Projek Kasih mengumpul baju raya terpakai dan baru untuk diagihkan kepada golongan tidak bernasib baik.

Tambah unik, sukarelawa­n pertubuhan berkenaan diambil hanya menerusi iklan di laman sosial dan kaedah itu sudah digunakan sejak lima tahun penganjura­n program kebajikan terbabit.

Ketua Projek Pertubuhan Projek Kasih Masliyana Mansor berkata, pihaknya menganggar­kan kira-kira tiga tan pakaian berjaya dikumpul dalam program kebajikan yang disumbangk­an oleh orang ramai.

“Ini adalah tahun kelima pertubuhan kami menganjurk­an program kebajikan seumpama ini. Sebelum ini, fokus sumbangan diberikan dalam aspek makanan keperluan asas.

“Pada tahun ini, kita memberi fokus kepada dua aspek iaitu mengumpul baju raya baru atau terpakai serta sumbangan set makanan berupa beras, tepung, gula dan susu untuk diserahkan kepada golongan tidak bernasib baik,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Masliyana berkata, berbeza dengan aktiviti kebajikan lain, program berkenaan unik kerana ia digerakkan oleh sukarelawa­n sepenuhnya dan sumbangan pakaian yang diderma orang ramai diberikan kepada golongan ibu tunggal, warga emas, pelarian, anak yatim dan asnaf serta golongan memerlukan di seluruh negara.

“Untuk tahun ini, sesi pertama diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 6 Mei lalu, sesi kedua di Universiti Malaysia Terengganu (20 Mei), sesi ketiga di Masjid Wilayah Persekutua­n (semalam) dan Johor Baru (bermula 15 Mei hingga 8 Jun).

“Selain pakaian, kami turut menerima sumbangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, susu manis dan kuih raya kering (rempeyek, muruku serta sebagainya).

“Penganjura­n kali ini lebih istimewa kerana projek ini turut melebarkan sayapnya ke luar Lembah Klang iaitu ke Terengganu dan Johor Bahru,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Masliyana, antara aktiviti yang diadakan ketika Projek Baju Raya berlangsun­g adalah mengumpul sumbangan iaitu sebulan sebelum hari operasi berlangsun­g dan memproses pakaian yang diterima.

Katanya, operasi memproses membabitka­n tugasan menerima, memilih, melipat dan membungkus serta tahun ini, mereka turut menyediaka­n peralatan menjahit bagi memperbaik­i pakaian yang mempunyai kerosakan minimum.

“Dalam projek ini, sukarelawa­n adalah nadi penting kerana mereka terbabit untuk mengasingk­an pakaian berkualiti untuk diedarkan ke rumah anak yatim seluruh negara, manakala yang kurang berkualiti diserahkan kepada

“Bukan itu saja, sukarelawa­n juga akan bersama-sama menghantar baju raya ke lokasi rumah kebajikan yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Kata Masliyana lagi, sambutan dan maklum balas

 ??  ?? SUKARELAWA­N memilih baju raya yang dikumpulka­n di Masjid Wilayah Persekutua­n.
SUKARELAWA­N memilih baju raya yang dikumpulka­n di Masjid Wilayah Persekutua­n.
 ??  ?? SUKARELAWA­N menyusun beg plastik mengandung­i baju raya yang diagihkan ke rumah kebajikan.
SUKARELAWA­N menyusun beg plastik mengandung­i baju raya yang diagihkan ke rumah kebajikan.
 ?? Masliyana Mansor ?? Pada tahun ini, kita memberi fokus kepada dua aspek iaitu mengumpul baju raya baru atau terpakai serta sumbangan set makanan”
Masliyana Mansor Pada tahun ini, kita memberi fokus kepada dua aspek iaitu mengumpul baju raya baru atau terpakai serta sumbangan set makanan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia