Harian Metro

Orang ramai mula ‘serbu’ Jalan TAR, Masjid India

-

Kuala Lumpur: Suasana meriah mula dirasai di ratusan gerai sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India, di sini, yang menjadi tumpuan wajib pengunjung membeli keperluan Aidilfitri tidak lama lagi.

Tinjauan Harian Metro di bazar Ramadan di situ semalam mendapati, orang ramai sudah mula ‘menyerbu’ gerai jualan pakaian baju Melayu dan kurung, songkok, aksesori wanita, kasut, langsir serta pelbagai keperluan lain untuk menyambut 1 Syawal kira-kira tiga minggu lagi.

Pengunjung bazar Lorong Melaka: Bukan saja hidangan lemang periuk kera,malah pasangan suami isteri di Kampung Tanah Merah Jaya, Tanjung Kling, di sini, turut menawarkan perkhidmat­an penghantar­an kepada pelanggan di luar Melaka jika berminat untuk menjamah menu eksotik itu.

Ini kerana Fazli Suboh, 39, dan isterinya, Umi Al Khair Fatimah Idris, 36, akan membuat penghantar­an kepada pelanggan di Muar, Johor, Shah Alam dan Klang, Putrajaya mahupun Kuala Lumpur.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, berkata, promosi hidangan istimewa berkenaan menerusi laman sosial Facebook (FB) membantu meningkatk­an pendapatan mereka sejak dimulakan pada Aidiladha tahun lalu, dan pelanggan boleh menghubung­i menerusi telefon atau membuat tempahan secara atas talian bagi menjimatka­n masa.

Menurutnya, mereka memulakan perniagaan selepas anak sulung mereka, Nur Damiah Lutfiah, 8, disahkan mengalami masalah lumpuh otak pada Julai 2009 menyebabka­n kanak-kanak itu hilang upaya untuk bergerak.

“Selepas berhenti daripada perkhidmat­an TUDM, saya bekerja di sebuah syarikat penerbanga­n, manakala isteri TAR atau lebih dikenali dengan Jalan TAR, Rasyidah Zulkifli, 20, berkata, dia menggunaka­n cuti hujung minggu pada minggu kedua berpuasa untuk membeli-belah kerana kebanyakan peniaga mempunyai lebih banyak pilihan dan koleksi pakaian berbanding minggu pertama Ramadan.

“Kalau datang awal sangat pun, ada peniaga yang belum dapat stok pakaian mereka untuk dijual, selain harga pun boleh tahan mahal sedikit.

“Sebab itu bagi saya minggu kedua adalah waktu terbaik untuk beli barang di Jalan TAR yang menjadi tempat pilihan saya dan ibu mencari pakaian untuk bapa serta tujuh adik lagi setiap kali menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini semalam.

Eksekutif swasta, Nazriq Kamaruzzam­an, 31, berkata, dia memilih untuk membeli-belah pada hari ke sembilan berpuasa semalam kerana tidak mahu bersesak-sesak pada saat akhir seperti dilakukan ketika zaman bujangnya sebelum ini.

“Dulu masa seorang mungkin tiada masalah sangat hendak berasak-asak, tetapi selepas berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil, saya rasa lebih selesa datang awal.

“Lagipun saya lihat harganya tadi masih berpatutan seperti RM100 untuk sepasang baju Melayu yang biasanya hanya ditawarkan pada minggu akhir Ramadan,” katanya.

Sementara itu, peniaga pakaian kanak-kanak, Suraini Yati Azman, 32, berkata, dia menawarkan harga rendah di gerainya sejak awal Ramadan selepas mendapati pengunjung semakin berjimat cermat dalam berbelanja.

“Ini berbeza dengan beberapa tahun sebelum ini apabila harga ditawarkan pada awal puasa dengan akhir Ramadan mungkin agak jauh berbeza tetapi sekarang kami sudah turunkan harga lebih awal untuk menarik pembeli,” katanya.

 ?? FOTO: ?? KHAIRUL Farid Kapli bersama isteri, Fatin Noridatul Ayu Tarmizi dan anak mereka, Mohd Faiq Anaqi membuat pilihan capal untuk persiapan Hari Raya yang akan disambut tidak lama lagi.
FOTO: KHAIRUL Farid Kapli bersama isteri, Fatin Noridatul Ayu Tarmizi dan anak mereka, Mohd Faiq Anaqi membuat pilihan capal untuk persiapan Hari Raya yang akan disambut tidak lama lagi.
 ??  ?? RASYIDAH
RASYIDAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia