Harian Metro

Lemang periuk kera dihantar sampai depan pintu rumah

-

pula ketika itu masih berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Namun, kami mula berhadapan pelbagai masalah selepas Nur Damiah lumpuh dan lebih merisaukan anak kerap mengalami sawan. Saya dan isteri terpaksa berhenti kerja kerana mahu memberi perhatian kepadanya hingga kami mula rasa beban kewangan kerana belanja perubatan untuk Nur Damiah agak tinggi.

“Kami perlu menyediaka­n RM2,000 untuk beli ubat pada setiap bulan, selain kos membeli lampin pakai buang dan susu khas untuk Nur Damiah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Setiap set lemang periuk kera dijual pada harga RM15 dengan disertakan sambal, dan orang ramai yang berminat boleh menghubung­i Fazli di talian 011-23087626.

Fazli berkata, Nur Damiah perlu diberikan susu khas menggunaka­n tiub disalurkan terus ke perut berikutan otak kanak-kanak itu tidak boleh mengawal makanan dimasukkan melalui mulut.

Lebih membimbang­kan, makanan dimasukkan melalui mulut akan terus ke paru-paru Nur Damia, sekali gus boleh menyebabka­n kanak-kanak itu berisiko mengalami jangkitan kuman.

“Masalah anak menyebabka­n kami bingung, tak tahu apa nak buat untuk jana pendapatan. Namun, saya terfikir untuk memulakan perniagaan lemang periuk kera ini selepas melihat kejayaan adik yang mengusahak­an gerai di Kajang, Selangor.

“Dia (adik) boleh mendapat untung bersih antara RM700 ke RM800 sehari menyebabka­n saya nekad untuk mencuba. Syukur memang ini rezeki kami anak beranak, pulanganny­a lebih daripada cukup untuk tampung keperluan Nur Damiah dan kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? UMI membuat lemang periuk kera sambil diperhatik­an Fazli yang memangku Nur Damiah menghidap lumpuh otak.
UMI membuat lemang periuk kera sambil diperhatik­an Fazli yang memangku Nur Damiah menghidap lumpuh otak.
 ??  ?? PERIUK kera.
PERIUK kera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia