Harian Metro

Luah derita kanser di lukisan

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hme- tro.com.my

 Gadis 12 tahun jalani 30 rawatan kemoterapi penyakit barah darah dengan belanja cecah RM1 juta

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu nasib gadis berusia 12 tahun yang menderita akibat menghidap penyakit kanser darah atau leukemia sejak enam tahun lalu.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Tengku Nur Arianna Tengku Nash Irwanuddin meneruskan kehidupan walaupun menjalani 30 rawatan kemoterapi sepanjang tempoh itu.

Malah, dia memerlukan bekalan darah 568 milimeter (ml) sehari berikutan pendarahan dan menelan 30 ubat.

Ibu gadis itu, Azira Abd Aziz, 39, berkata, anaknya sepatutnya sembuh namun virus yang masih merebak di kepala menyebabka­n Arianna masih ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

“Walaupun menjalani pembedahan dan pemindahan tulang sum-sum dengan mengambil air tulang bapanya pada Mac lalu, keadaan Arianna belum sembuh.

“Malah, kesihatann­ya semakin merosot dan sehingga kini masih ditempatka­n di ICU berikutan virus yang merebak,” kata penjawat awam itu ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 13, di sini, semalam.

Menurutnya, biarpun Arianna lebih tiga bulan menghuni pusat perubatan itu, dia berbangga dengan semangat dan kecekalan anak sulung daripada dua beradik terbabit.

“Dia kerap bertanya mengapa tidak boleh pergi sekolah namun mengambil inisiatif sendiri belajar sendiri supaya tidak keciciran pelajaran. Dia mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR.

“Selain itu, dia menghabisk­an masa dengan lukisan bagi meluahkan perasaan mengenai penyakitny­a di atas kertas lukisan dan cawan kertas kosong,” katanya.

Azira berkata, dia membelanja­kan RM1 juta merawat penyakit anaknya itu dan kini kesuntukan dana untuk berbuat demikian.

“Kami sekeluarga sudah melakukan pelbagai cara termasuk membuat pinjaman dengan saudar-mara dan mencagar rumah sendiri.

“Namun, kos rawatan Arianna masih memerlukan antara RM500,000 dan RM600,000 lagi,” katanya.

Menurutnya, dia bukan tidak mahu menghantar anaknya ke hospital kerajaan namun permohonan­nya ditolak berikutan ketiadaan pakar untuk merawat penyakit itu sehingga menyebabka­nnya beralih ke hospital swasta.

Orang ramai yang mahu menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank milik Azira di nombor akaun 1621065214­70.

 ??  ?? AZIRA menunjukka­n gambar anaknya bersama hasil lukisan.
AZIRA menunjukka­n gambar anaknya bersama hasil lukisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia