Harian Metro

Tak jadi kahwin selepas kemalangan

-

Gua Musang: Dia sepatutnya mengahwini tunang kesayangan, setahun yang lalu.

Namun, takdir Illahi menyebabka­n hasrat pemuda berasal dari Rancangan Tanah FELDA Aring 1 ini untuk berkahwin, terbantut kerana dia masih koma selepas terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal di Johor Bahru, awal Ramadan tahun lalu.

Sehingga kini, Azmirul Hakim Abd Aziz, 24, hanya terlantar di rumah dan semua keperluann­ya diuruskan ibu bapa dan adik-beradik yang lain.

Ibunya, Rafeah Abdullah, 60, berkata, sudah setahun kemalangan itu berlaku yang menyebabka­n anaknya tidak sedarkan diri.

“Kini memasuki tahun kedua sejak peristiwa itu berlaku namun keadaan Azmirul masih sama, sambutan Ramadan dan Aidilfitri kami tidak berubah seperti dulu.

“Saya cuma berharap Allah makbulkan doa supaya dia sedar dan dapat bersama-sama kami merasai kemeriahan bulan mulia ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mengimbas kemalangan terbabit, Rafeah berkata, ketika itu Azmirul Hakim yang bekerja sebagai pemandu lori menunggang motosikal untuk ke bank di Johor Bahru.

Bagaimanap­un, motosikal ditunggang­nya terbabas dan terbalik, manakala dia pula berlanggar dengan sebuah kereta yang melalui kawasan itu.

“Kepalanya terhantuk pada badan kereta dan dia dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Sejak itulah dia koma.

“Doktor membenarka­n dia pulang ke rumah dan dijaga sepenuhnya keluarga,” katanya.

 ??  ?? AZMIRUL Hakim masih koma terlantar di rumahnya di FELDA Aring 1.
AZMIRUL Hakim masih koma terlantar di rumahnya di FELDA Aring 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia