Harian Metro

Berkorban jaga ayah terlantar

-

Port Dickson: “Biar dalam apa jua keadaan, saya tetap menjaga ayah seperti dia berkorban ketika saya kecil,” kata Muhammad Hakimi Azini, 16, yang kini menjaga bapanya yang terlantar akibat kemalangan motosikal di Kampung Masjid Lukut, di sini.

Muhammad Hakimi berkata, bapanya Azini Dahalan, 52, bekas pengawal keselamata­n dilanggar lari sebuah kereta sewaktu mahu ke tempat kerja di Pasir Panjang, di sini, pada awal bulan lalu.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabka­n tempurung kepala bapanya terpaksa dibuang, selain patah bahu kanan.

Katanya, bapanya berdepan pelbagai ujian termasuk berpisah dengan ibunya yang kini berkahwin lain sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini saya bersama abang, 17, dan adik perempuan, 15, tinggal bersama ibu di Kuala Lukut, di sini, tetapi dikejutkan dengan kemalangan menimpa ayah. Sejurus kemalangan, ayah dijaga ibu saudara di Kampung Masjid Lukut dalam keadaan hilang ingatan.

“Saya tidak sanggup melihat penderitaa­n ditanggung ayah sendirian lalu memutuskan tinggal bersama dan menjaganya.

“Sepanjang menjaga ayah dan ibu saudara yang uzur, saya bekerja di gerai burger dan bersekolah. Pada masa sama saya menguruska­n ayah, memberinya makan, memandikan dan membersihk­annya,” katanya ketika dikunjungi Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih), Norfadilah Mansor, di sini, semalam.

Katanya, dia rela berkorban untuk bapanya yang dianggap segala-galanya, malah pernah dimarahi guru kerana kerap tidak hadir ke sekolah.

“Biarpun hidup kami serba kekurangan, namun saya membantu apa yang boleh,” katanya.

Sementara itu, Norfadilah berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib keluarga itu dan menyampaik­an bantuan berupa makanan dan keperluan dapur.

“Kami akan mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatka­n bantuan bulanan buat keluarga terbabit,” katanya.

 ??  ?? MUHAMAD Hakimi memberikan bapanya minuman.
MUHAMAD Hakimi memberikan bapanya minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia