Harian Metro

Cemerlang di usia senja

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Wanita mula menulis pada umur 68 tahun raih pelbagai anugerah tempatan, antarabang­sa

Dialah isteri, ibu dan nenek. Usianya sudah 80 tahun namun dia terus gigih menggarap idea bagi menghasilk­an bahan bacaan bermutu dalam usahanya memupuk gaya hidup dan tabiat pemakanan sihat masyarakat khususnya kanak-kanak.

Walaupun mula menulis pada usia 68 tahun, Mohana Gill tidak berasa usahanya itu terlewat kerana dia mempunyai prinsip suka bekerja dan melakukan sesuatu untuk faedah semua, selain minatnya dalam penulisan.

Penampilan­nya sederhana, peramah dan tenang namun di sebalik itu dia sebenarnya memiliki sentuhan ataupun ramuan tersendiri dalam mengolah penulisann­ya sehingga semua bukunya berjaya mendapat pengiktira­fan dari dalam dan luar negara.

Malah, lebih bermakna dan paling tidak dilupai olehnya apabila dia turut dinobatkan pemenang anugerah berprestij dalam negara

Anugerah Buku Negara 2017 pada satu majlis diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fruitastic, bukunya yang pertama dan popular menerima Anugerah Khas Juri 2006 dan 2015 Anugerah Buku Masakan Dunia Gourmand diikuti Vegemania (Anugerah Buku Vegetarian Terbaik Dunia 2007) dan

(Anugerah Buku Memasak Terbaik Malaysia dan Dunia 2010).

Seterusnya

dipilih sebagai Buku Kesihatan dan Nutrisi Terbaik Malaysia dan Dunia 2010 Myanmar

(Buku Masakan Asia Terbaik Dunia 2014) dan

(Buku Makanan dan Keluarga Terbaik Malaysia 2015 dan Dunia 2016).

Tidak ketinggala­n, Hayley’s menjuarai peringkat kebangsaan dalam kategoriny­a pada 2016 serta dipilih sebagai Buku Coklat Terbaik 2016 dan Buku Buah-buahan Terbaik 2016, selain memenangi Anugerah Perak bagi Anugerah Buku 2016.

Anugerah Gourmand dari Sepanyol menilai dan memberikan pengiktira­fan terhadap bahan bercetak dan digital berkaitan makanan di seluruh dunia manakala Anugerah Buku dari Amerika Syarikat diberikan kepada penulis terkenal termasuk Putera Charles.

Mohana berkata, pembabitan­nya dalam penulisan buku bermula pada 2005 iaitu selepas merasakan tanggungja­wabnya semakin berkurang memandangk­an anaknya sudah besar, berkerjaya dan berkahwin.

“Jadi, saya fikir mahu buat apa yang saya suka. Oleh kerana saya suka memasak, kawan-kawan cakap kenapa tidak tulis buku panduan memasak.

“Namun, saya dapati banyak pula buku berkenaan resipi di pasaran. Saya juga mendapati ramai orang mengambil pelbagai jenis pil dan vitamin.

“Malah, apabila saya menghadiri persidanga­n antipenuaa­n, lagi banyak suplemen. Daripada situ, saya terfikir untuk menulis buku berkaitan buah-buahan bertajuk Fruitastic,” katanya.

Dia sangat berterima kasih kepada suaminya, Dr S S Gill, 84, yang bertugas sebagai pakar nefrologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana banyak memberikan dorongan dan sokongan kepadanya.

“Suami saya mengatakan apa saja yang awak mahu buat, buatlah. Dan saya memang minat menulis. Saya suka bekerja dari awal lagi. Pada saya, usia hanyalah angka.

“Kadang-kadang kita dapati ada orang berusia 50 tahun duduk saja tanpa ada kerja. Apapun kerja tidak mengapa asalkan kita melakukan sesuatu,” katanya.

Mohana yang dilahirkan di Myanmar adalah seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya pada 1965 namun selepas mendirikan rumah tangga dua tahun kemudian dia mengambil keputusan meletakkan jawatan itu semata-mata bagi memberikan tumpuan kepada anaknya. Kini, anak sulungnya Sanjeev, 49, bergelar doktor di Australia, anak keduanya Anil, 47, berkhidmat dalam sektor perbankan dan yang bongsu Rakesh, 46, menceburi peruncitan petroleum.

Dua cucunya, A Heili, 10, dan Ari berusia setahun. Hayley pada tajuk bukunya adalah sempena nama cucu sulungnya.

Sementara itu, mengulas masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak kebelakang­an ini, Mohana yang juga seorang cef berkata, ia berpunca daripada pemakanan tidak betul.

“Kita sepatutnya mengambil lebih sayur-sayuran, buah, makanan direbus dan dipanggang. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Lagipun kita di Malaysia ada banyak jenis buah.

“Anak suka meniru apa yang ibu bapa buat. Jika mahu anak makan buah, ibu bapa kenalah tunjuk yang mereka juga suka makan buah,” katanya.

Dia turut menggalakk­an ibu bapa supaya memasak untuk anak berbanding memilih untuk makan di luar selain mengamalka­n disiplin dalam membentuk dan membina peribadi mereka.

“Saya sendiri (sebagai contoh) tidak menggunaka­n telefon ketika makan. Waktu anak kecil dulu saya memasak untuk mereka. Tetamu yang datang ke rumah, saya selalu juga memasak untuk mereka,” katanya.

Katanya, ibu bapa juga dicadangka­n agar tidak menjadikan makanan seperti coklat sebagai hadiah kepada anak, sebaliknya memilih buku kerana ia lebih berfaedah, sekali gus membentuk diri mereka untuk rajin membaca.

“Jika mereka diberikan hadiah dalam bentuk makanan, ia habis begitu saja. Tetapi menghadiah­kan buku kepada mereka dapat bertahan lama. Jadikanlah buku sebagai hadiah supaya membantu memupuk tabiat rajin membaca,” katanya.

 ??  ?? MOHANA bersama hasil karyanya yang menerima pengiktira­fan dari dalam dan luar negara.
MOHANA bersama hasil karyanya yang menerima pengiktira­fan dari dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia