Harian Metro

Iftar@KL meriah

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my Kuala Lumpur

 10,000 banjiri Dataran Merdeka berbuka bersama PM

Lebih 10,000 pengunjung memeriahka­n majlis berbuka puasa Iftar@KL 2017 di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Lebih istimewa majlis yang diadakan dalam suasana santai di lokasi terbuka itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Man- sor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana

Menteri yang berpakaian baju Melayu berwarna merah dan berseluar hitam turut mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai serta mengunjung­i trak makanan dan pameran berkaitan.

Selain itu, beliau turut membayar zakat fitrah di kaunter zakat bergerak serta bertadarus al-Quran bersama 500 pelajar tahfiz sebelum berbuka puasa di atas tikar bersama orang ramai dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Iftar@KL 2017 yang diadakan pada 3, 4, 10, 11, 17 dan 18 Jun menampilka­n 16 komponen antaranya Pameran Pelanconga­n Islam, Kaunter Zakat, Klinik Tahsin al-Quran, Tazkirah Ramadan, Kon- sert Ramadan serta solat berjemaah (Maghrib, Isyak dan Tarawih).

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Megara (JKKN) dengan kerjasama pelbagai agensi itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengeratka­n silaturahi­m serta mengukuhka­n persefaham­an antara satu sama lain.

 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ?? ORANG ramai berbuka di Dataran Merdeka sempena program Iftar@KL 2017, malam tadi.
FOTO: AIZUDDIN SAAD ORANG ramai berbuka di Dataran Merdeka sempena program Iftar@KL 2017, malam tadi.
 ??  ?? NAJIB bermesra dengan tetamu yang hadir di majlis berbuka Iftar@KL 2017.
NAJIB bermesra dengan tetamu yang hadir di majlis berbuka Iftar@KL 2017.
 ??  ?? PELANCONG asing tidak ketinggala­n berbuka beramai-ramai di Dataran Merdeka, semalam.
PELANCONG asing tidak ketinggala­n berbuka beramai-ramai di Dataran Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia