Harian Metro

UAK dinaik taraf

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

 Pegawai kanan PDRM ketuai bahagian khas pantau militan secara holistik

Susulan pelbagai insiden keganasan di luar negara yang dikaitkan dengan militan Daish, Unit Anti Keganasan (UAK) negara akan dinaik taraf menjadi Bahagian Anti Keganasan bagi menangani permasalah­an itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses naik taraf unit itu akan dilakukan segera untuk membolehka­n pencegahan holistik diambil bagi mengelak insiden sama berlaku di Malaysia.

Katanya, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan dilantik mengetuai bahagian berkenaan dengan bilangan keanggotaa­n pegawai dan anggotanya ditambah.

“Ahli Suruhanjay­a Pasukan Polis (SPP) akan dipanggil berbincang dan mereka diminta memberi pengesahan menaik taraf Unit Anti Keganasan ini kepada Bahagian.

“Dulu ada Bahagian Anti Keganasan, tetapi empat tahun lalu dijadikan Unit. Bagaimanap­un, dengan pelbagai insiden keganasan berlaku di luar negara, kita merasakan seorang pegawai kanan mesti ditempatka­n (di Bahagian Anti Keganasan).

“Ia bukan saja untuk melihat pendekatan holistik sebarang kejadian, tetapi melakukan lebih daripada itu,” katanya.

Beliau hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Mahmudi, di sini dan berbuka puasa serta solat jemaah bersama kira-kira 1,200 kakitangan Kementeria­n Dalam Negeri dan agensinya serta penduduk setempat.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 ??  ?? AHMAD Zahid diiringi Mustapa (kiri) beramah mesra dengan sebahagian anak-anak yatim.
AHMAD Zahid diiringi Mustapa (kiri) beramah mesra dengan sebahagian anak-anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia