Harian Metro

Maroz tawar baju berkualiti

-

Kuala Lumpur: “Sediakan barangan yang berkualiti dan melayan pelanggan seperti ahli keluarga atau sahabat.”

Itu antara resipi kejayaan Pengarah Urusan, Datuk Maideen Kadir Shah yang membina empayar perniagaan butik pakaian, Maroz Tailoring Sdn Bhd sejak lebih 30 tahun lalu.

“Maroz pertama dibuka adalah di Wisma Yakin, Jalan Masjid India dan sejak lebih 10 tahun lalu, butik di AU3 Keramat pula dibuka.

“Saya sudah anggap pelanggan seperti kawan-kawan saya dan keluarga. Kalau mereka datang ke butik, kami akan bersalam-salaman dan bertanya khabar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Maroz cawangan Keramat AU3, kelmarin.

Maroz ketika itu mengadakan Jualan Cuci Gudang dengan menawarkan harga murah untuk pelbagai jenis pakaian sempena Aidilfitri.

Tidak hairanlah dengan pendekatan sedemikian, Maroz kekal menjadi pilihan ramai pelanggan tetap dalam masa 30 tahun.

Menurut ahli perniagaan, Nazaruddin Nordin, 58, dia setia bersama Maroz kerana butik itu menyediaka­n barangan dan perkhidmat­an terbaik.

“Kualiti jahitannya buatkan kita rasa selesa. Bukan saja baju melayu, pakaian biasa pun saya tempah dengan Maroz.

“Bila dah biasa dengan satu tailor (tukang jahit), kalau nak pakai dengan yang lain rasa tak selesa. Sebab itu saya setia hampir 30 tahun dengan mereka,” katanya yang turut membawa anak lelakinya menempah pakaian di Maroz.

Guru, Mohd Rosmadi Mohd Rizwan, 41, pula berkata, potongan dan jahitan kemas di butik itu membuatkan­nya selesa.

“Baju yang dijual di sini memang berkualiti. Kali pertama saya datang beli baju dekat sini memang selesa,” katanya.

 ??  ?? Maideen melayan tetamu memilih baju Melayu.
Maideen melayan tetamu memilih baju Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia