Harian Metro

Kebendaan kikis nilai kasih sayang

-

Di sebuah kota raya metropolit­an serba-serbi mahal dan mewah seperti Hong Kong ini, wang raja kepada segala-galanya.

Status seseorang di dalam masyarakat sering diukur dari segi pencapaian fizikal dan pemilikan aset harta, sekali gus menyebabka­n semua orang berlumba-lumba untuk kekal di tangga teratas hiraki masyarakat.

Desakan untuk hidup dan impian menjadi kaya dengan sendirinya menghasilk­an masyarakat individual­istik yang semakin hanyut dengan keduniaan.

Nilai murni pula semakin menipis, malah keharmonia­n di dalam keluarga juga jarang berkekalan.

Walaupun secara keseluruha­n masyarakat Hong Kong cekal, rajin dan kuat berusaha, mereka tidak membawa kemuliaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu bersama-sama ke arah masa depan.

Pada mereka, yang semalam tinggal semalam. Hari esok yang lebih utama.

Di antara nilai hidup yang terhakis perihal menjaga orang tua.

Hong Kong sekarang berdepan dengan cabaran demografik yang menakutkan.

Bilangan orang tua menjadi terlalu ramai berbanding bilangan bayi dilahirkan.

Takrifan orang tua di sini mereka yang berumur lebih 65 tahun.

Fenomena sebegini normal bagi sesebuah masyarakat dari negara maju seperti Jepun dan Korea.

Cuma, kebanyakan orang tua di Hong Kong terbiar tanpa pembelaan.

Pada Februari 2017, golongan tua berumur 65 tahun ke atas mencatatka­n angka 16 peratus daripada keseluruha­n 7.2 juta penduduk.

Pada masa sama, mereka yang berumur 14 tahun ke bawah, yang akan mewarisi kemajuan dan menjadi generasi seterusnya cuma mencatatka­n angka 11 peratus.

Laporan banci dan statistik kependuduk­an Hong Kong sangat jelas memperliha­tkan ketidaksei­mbangan komposisi umur di dalam masyarakat Hong Kong.

Satu pemandanga­n yang biasa, di jalanan dan lorong belakang golongan tua akan menolak kereta sorong ataupun menyeret plastik sampah bagi mencari bahan kitar semula yang boleh ditukar kepada wang.

‘Fok Po Po’ atau nenek dalam Kantonis berada di merata-rata kaki lima.

Tidurnya tidak tahu di mana, yang pasti di setiap pagi Fok Po Po berada di penjuru jalan.

“Mana anak-anak mereka? Mana keluarga mereka?” Soalan ini sering bermain di dalam fikiran saya kerana saya dibesarkan di dalam keluarga yang mengutamak­an orang tua, sama seperti majoriti rakyat Malaysia yang lain.

Hanya beberapa kerat saja daripada kita rakyat

Malaysia yang menghantar orang tua mereka ke rumah penjagaan.

Tapi perkara sebegini sangat normal di Hong Kong. Di sebuah negara maju sebegini terdapat banyak Rolls-Royce di jalanan berbanding negara lain di dunia, hampir sepertiga golongan tua hidup di dalam kemiskinan.

Kerajaan mendedahka­n bahawa pada 2014, jumlah isi rumah miskin seramai 1.325 juta orang dengan 436,400 orang tua yang melarat. Mereka bukan sengaja dan saja-saja menjadi melarat.

Kebanyakan­nya mangsa kepada liberalisa­si ekonomi dan sistem kewangan kapitalis.

Contohnya, seorang pengemas rumah apabila bersara pada usia 65 hanya mempunyai sejumlah HKD60,000 di dalam dana persaraan, sekitar RM30,000 saja.

Di Kuala Lumpur, RM30,000 juga sangat ‘sakit’ untuk meneruskan kehidupan dengan kos kediaman, perubatan dan makanan yang tinggi.

Bahkan, tinggal di Rungkop atau Kuala Ketil tidak juga melegakan kerana jumlah RM30,000 ini boleh licin dalam masa setahun saja.

Sesetengah orang tua miskin yang sudah dibuang keluarga akan tinggal di flat yang diubah suai oleh lintah darat yang akan memaksimak­an ruang untuk sewaan kepada golongan ini.

Saya pernah tulis rumah berkeluasa­n 200 kaki persegi, menyamai luas bilik tidur kita.

Rumah ini digelar sarang burung layang-layang.

Fungsinya hanya untuk penginap tidur selepas pulang daripada kerja. Tandas dan bilik air dikongsi bersama hampir 40 orang lainnya.

Bagi orang tua miskin ini, mereka hanya mampu menyewa lot lebih kecil yang digelar bilik keranda kerana keluasanny­a cukup untuk memuatkan sebuah katil bujang saja.

Di sinilah Fok Po Po akan balik tidur macam dracula masuk keranda di daerah termiskin Sham Shui Po.

Puak-puak inilah yang di dalam bas setiap pagi akan mencabut gigi palsu dari mulut dan mengesatny­a dengan kertas tisu.

Bukan dia peduli kita di sebelah pun!

Bertabahla­h wahai Fok Po Po. Mana tahu esok pagi bila bangun dari keranda anda bertukar menjadi pontianak jelita seperti Maya Karin! Penulis adalah Pengurusan Kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia