Harian Metro

4 ENTITI BERNAUNG

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 PPITK teruskan legasi keilmuan Islam dalam bentuk organisasi lebih tersusun

Pusat Pengajian Islam Tok Kenali (PPITK) yang ditubuhkan pada 2011 menjadi platform untuk generasi pewaris ulama terkenal Nusantara itu meneruskan legasi keilmuan dalam bentuk organisasi lebih tersusun dan terkini.

PPITK yang dipimpin generasi keempat Tok Kenali iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi Wardi sebagai Pengerusi Lembaga Penyelaras kini menguruska­n empat entiti di bawahnya iaitu Sekolah Rendah Islam (SRI) Tok Kenali, Tadika al-Kenali, Madrasah Tahfiz Tok Kenali dan Masjid Tok Kenali.

Penolong Pengarah Pendidikan PPITK Ustaz Awang Sulaiman, 55, berkata, setiap entiti terbabit mempunyai pentadbir berlainan yang pakar dalam bidang masing-masing.

Beliau yang juga Penolong Kanan SRI Tok Kenali berkata, sekolah persendiri­an bagi murid sekolah rendah itu mempunyai 138 murid dari seluruh negara di bawah bimbingan 14 guru.

“Sekolah ini mengguna pakai silibus sendiri yang mempunyai lapan subjek serta silibus Kementeria­n Pendidikan dan muridnya mengambil peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak 2009.

“Tadika al-Kenali untuk kanak-kanak prasekolah yang terletak berhampira­n kawasan ini mempunyai 31 murid,” katanya.

Menurutnya, PPITK menerusi Madrasah Tahfiz turut mempunyai 13 pelajar perempuan yang datang dari Sekolah Menengah Agama (Arab) Maahad ar-Rahmah Kenali di bawah seliaan dua guru.

Katanya, Masjid Tok Kenali pula mempunyai pengurusan sendiri di bawah pimpinan cucu Tok Kenali iaitu Tuan Guru Haji Lokman Tuan Guru Haji Ahmad sebagai penasihat.

Beliau berkata, masjid terbabit yang digunakan untuk solat lima waktu dan solat hari raya turut menjadi pusat rujukan mengenai sejarah serta perkembang­an Tok Kenali dengan adanya beberapa bahan bacaan dan pameran buat tatapan orang ramai.

“PPITK kini dalam perancanga­n untuk menghidupk­an semula sistem pengajian pondok dan pusat tahfiz dengan harapan ia menjadi kesinambun­gan kepada usaha Tok Kenali membangun umat menerusi pendidikan tradisiona­l dan moden.

“Kita harap dapat menyediaka­n tempat untuk remaja, anak yatim dan warga emas menuntut ilmu agama dalam keadaan selesa dengan kemudahan terkini di bangunan lima tingkat nanti,” katanya.

Menurutnya, PPITK juga mengambil inisiatif menceburi bidang perniagaan menerusi produk minuman kesihatan di bawah syarikat Ibni Wardie Sdn Bhd bagi membangun prasarana dan mengembang­kan pusat pengajian itu.

Katanya, perniagaan adalah strategi terbaik untuk menambah dana bagi membantu pelajar dan menyediaka­n prasarana baru.

 ??  ?? MURID solat berjemaah di Masjid Tok Kenali.
MURID solat berjemaah di Masjid Tok Kenali.
 ??  ?? SETIAP institusi di bawah
PPITK mempunyai pengurusan tersendiri.
SETIAP institusi di bawah PPITK mempunyai pengurusan tersendiri.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia