Harian Metro

Sekolah rendah persendiri­an terbaik di Kelantan

-

Sesuai dengan nama

Tok Kenali yang masih dikekalkan sebagai simbolik kepada kecemerlan­gan ilmu tokoh ulama dan penulis terkenal itu, Sekolah Rendah Islam (SRI) Tok Kenali muncul antara sekolah rendah persendiri­an terbaik di Kelantan.

Penolong Kanan SRI Tok Kenali Ustaz Awang Sulaiman, 55, berkata, sekolah itu sering muncul juara dalam pelbagai aktiviti kokurikulu­m seperti syarahan, pidato dan sukan anjuran Persatuan Sekolah Rendah Islam Persendiri­an Kelantan (PERSIAP) menyebabka­n ia menjadi pilihan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke situ.

Katanya, sejak memperkena­lkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2009, keputusan peperiksaa­n awam sekolah itu menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan saban tahun.

“Pada 2013 kita mencatat rekod 100 peratus lulus UPSR dan meraih nombor dua sekolah persendiri­an terbaik di Kelantan dan pada 2015 juga kita turut mendapat rekod 100 peratus lulus

UPSR.

“Pencapaian cemerlang ini hasil usaha keras dan bersepadu antara guru dan ibu bapa serta komitmen berterusan murid itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, walaupun hanya mempunyai 138 murid namun 14 guru sekolah itu terdiri daripada mereka yang berpengala­man luas dan pakar seperti bekas pensyarah serta pentadbir yang mempunyai ijazah sarjana dan sarjana muda.

“Sekolah ini juga sering menjadi rujukan sekolah lain disebabkan kecemerlan­gan akademik dan sahsiah dimiliki muridnya, malah ramai guru kita dijemput menjadi penceramah dan berkongsi kepakaran di pelbagai tempat,” katanya.

Katanya, beroperasi sebagai SRI, murid sekolah itu mengikuti lapan subjek agama sebagai tambahan kepada subjek di bawah silibus Kementeria­n Pendidikan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Beliau berkata, walaupun melaksanak­an kurikulum pendidikan moden namun sekolah itu tetap mengekalka­n keutamaan belajar ilmu agama dan menjaga nama baik Tok Kenali serta sering mengadakan pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat.

 ??  ?? MURI D mengulang kaji pelajaran.
MURI D mengulang kaji pelajaran.
 ??  ??
 ?? Awang Sulaiman ?? Pada 2013 kita mencatat rekod 100 peratus lulus UPSR
Awang Sulaiman Pada 2013 kita mencatat rekod 100 peratus lulus UPSR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia