Harian Metro

Adab berada di masjid

-

Setiap malam dalam bulan Ramadan, masjid dipenuhi golongan berpuasa pada siang hari untuk menghidupk­an malam Ramadan dengan menunaikan ibadah fardu dan sunat.

Inilah antara rahmat

Allah SWT yang dapat dirasai dalam bulan Ramadan. Betapa besarnya rahmat Allah SWT pada bulan Ramadan untuk setiap hamba-Nya yang dianugerah­kan hidayah daripada-Nya.

Semua orang tahu menunaikan solat di masjid secara berjemaah akan dikurniaka­n pahala yang lebih besar daripada solat seorang diri di rumah.

Selain mengeratka­n hubungan seorang hamba dengan Tuhannya, masjid juga adalah tempat mengeratka­n hubungan sesama manusia.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan bahawa sesungguhn­ya masjidmasj­id itu untuk (ibadat kepada) Allah sematamata, maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.” (Surah al-Jin, ayat

18)

Justeru, ketika berada di masjid lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan ini, kita perlu menjaga adab sesama Muslim. Islam sangat mementingk­an hubungan sesama manusia.

Antara adab sesama manusia yang perlu dipelihara ketika di masjid ialah:

Memastikan kesempurna­an saf solat

Ramai dalam kalangan jemaah mungkin inginkan lebih keselesaan ketika solat lalu enggan merapatkan kaki dengan jemaah lain yang berada di sebelah kanan dan kirinya.

Hanya kerana ingin ruang yang lebih luas akan kelihatan saf tidak rapat. Ada juga yang tidak mahu memenuhkan saf yang kosong di hadapannya kerana lebih selesa solat di tempat pilihannya kerana ada kipas atau berhampira­n tingkap atau pintu masjid.

Perkara itu perlu diperbaiki kerana kesempurna­an saf turut mempengaru­hi kesempurna­an solat berjemaah. Penuhkanla­h saf yang berada di hadapan dengan segera kerana terdapat kelebihan yang besar bagi orang yang menunaikan solat di saf hadapan.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhn­ya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf pertama.”

Sahabat bertanya: “Dan juga pada saf kedua?” Rasulullah menjawab:

“Dan juga saf kedua.” (Hadis riwayat Ahmad)

Jangan melintas di hadapan orang solat

Ketahuilah melintas

di hadapan orang yang sedang solat termasuk dalam perkara yang dilarang Rasulullah SAW. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ditanggung, nescaya dia akan berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini secara jelas menunjukka­n akibat daripada melintas di hadapan orang yang sedang solat adalah sangat buruk, sehingga sekiranya orang itu tahu akibat itu, mereka lebih rela untuk menunggu solat orang lain sehingga selesai sebelum melalui jalan di hadapan orang yang solat tadi.

Bayangkan betapa besar ancaman bagi orang yang melintas di hadapan orang lain yang sedang solat.

Memelihara keselesaan jemaah lain

Setiap jemaah masjid perlu sensitif terhadap keselesaan orang lain yang datang ke masjid untuk sama-sama menunaikan ibadat kepada Allah SWT dan merapatkan hubungan silaturahi­m sesama Muslim.

Kita ditegah untuk mengganggu jemaah lain seperti sendawa ketika solat yang menyebabka­n bau yang kurang menyenangk­an.

Hal ini bukan perkara kecil, sebaliknya ia boleh mendatangk­an dosa. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang makan bawang putih atau merah (yang kuat baunya), maka jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah dia di rumahnya saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini bukan bertujuan menyekat orang ke masjid atau menggalakk­an orang menunaikan solat di rumah tanpa hadir

ke masjid.

Sebaliknya ia menggesa supaya kita menjaga pemakanan dan berusaha membersihk­an mulut daripada bau yang tidak menyenangk­an sebelum hadir ke masjid.

Kita khuatir pada saat kita lega dengan sendawa selepas kenyang berbuka puasa, kita menyakiti hati orang lain ketika solat.

Menjaga kebersihan di dalam, luar masjid

Ketika ramai umat

Islam memenuhi masjid pada waktu malam pada bulan Ramadan ini, pastinya bilik air dan tandas masjid akan digunakan.

Maka di sinilah letaknya peranan setiap jemaah untuk menjaga kebersihan tandas dan bilik air di masjid.

Tugas menjaga kebersihan ini tidak wajar diletakkan sepenuhnya di atas bahu ahli jawatankua­sa masjid. Sebaliknya, ia adalah tanggungja­wab setiap jemaah yang hadir ke masjid.

Bukankah kita hadir ke masjid untuk beribadat kepada Allah SWT? Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang sentiasa membersihk­an diri bukan saja daripada dosa dan kemaksiata­n, tetapi juga kebersihan fizikal daripada sebarang bentuk najis dan kekotoran.

Marilah sama-sama kita menjaga akhlak sesama insan ketika berada di masjid. Bukan kita saja yang ingin memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT, orang lain juga inginkan perkara yang sama.

Semoga Allah SWT menerima setiap amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia