Harian Metro

Sengaja muntah batalkan puasa

-

Adakah sah puasa jika terjeluak (seperti ingin termuntah) disebabkan memberus gigi selepas waktu sahur? Benda yang keluar bukanlah makanan tetapi air liur dan buih-buih ubat gigi.

Dalam fiqh Mazhab Syafie antara perkara yang membatalka­n puasa adalah muntah dengan sengaja seperti sengaja menjolok jari ke dalam mulut dengan tujuan untuk muntah.

Berkenaan dengan soalan di atas, maka kami bawakan jawapan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji: “Muntah yang disengajak­an membatalka­n puasa seseorang, sekalipun dia pasti tiada apa-apa daripada muntahan itu masuk semula ke dalam perutnya.

Akan tetapi, puasa seseorang itu tidak batal sekiranya tiada upaya menahan muntahnya, sekalipun dia mengetahui ada sesuatu daripada muntahan itu yang masuk semula ke dalam perutnya dengan tidak sengaja.

Ini berdasarka­n hadis, daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang tidak dapat menahan muntahnya semasa berpuasa, dia tidak wajib mengqada’ puasanya dan jika sengaja muntah, dia hendaklah mengqada’nya.”

(Riwayat Abu Daud (2380), al-Tirmizi (720) dan yang lainnya lihat Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie (1/85)

Berdasarka­n dalil itu, kami berpandang­an, jika terjeluak yang seakan-akan ingin termuntah dan kandungan jeluak itu adalah daripada buih-buih ubat gigi yang berada dalam mulut dan ia juga berlaku di luar kemampuan seseorang untuk menahan jeluak itu ataupun berlaku secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalka­n puasa.

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia