Harian Metro

Tingkat ciri keselamata­n

 Pengusaha sekolah agama swasta perlu titik berat kebajikan, elak insiden tak diingini

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my Padang Terap

Sekolah agama yang dikendalik­an pihak swasta di negara ini disaran mendaftar dengan kerajaan bagi membolehka­n aspek keselamata­n premis dan pelajar dapat dipertingk­atkan, selain mengelak insiden tidak diingini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemilik sekolah agama swasta boleh mendaftar dengan Kementeria­n Pendidikan ataupun kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam.

Menurutnya, penubuhan sekolah agama swasta tanpa pengetahua­n pihak berwajib menyebabka­n bantuan sukar diberikan khususnya dalam aspek keselamata­n.

“Kita tak tahu...(soal bantuan) sebab mereka daftarpun tidak...berapa ramai pelajar yang mereka ada dan kurikulum yang diajar...kalau mereka muncul pun pada waktu ada masalah saja.

“Sepatutnya mereka berdaftar kerana jika tak daftar susahlah sebab mana-mana sekolah agama yang berada di bawah kita (kementeria­n) memang kita salurkan bantuan,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan kepada masyarakat Siam di Dewan Komuniti Kampung Cheng Deng, Padang Terap, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta pengusaha maahad tahfiz menambah ciri keselamata­n premis dan pelajar, sekali gus meningkatk­an semula imej institusi pendidikan Islam itu.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, pengusaha sekolah agama swasta sewajarnya mempunyai rasa tanggungja­wab menjaga kebajikan pelajar, selain mempunyai pengurusan baik daripada segala segi termasuk akademik.

“Kebanyakan sekolah agama tidak berdaftar ini tidak mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam aspek akademik ketika proses pembelajar­an,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu beliau menyerahka­n sumbangan barangan keperluan asas kepada 1,763 masyarakat Siam daripada enam buah kampung di Parlimen Padang Terap bagi meringanka­n beban mereka yang sentiasa menyokong kerajaan.

 ??  ?? MAHDZIR menyerahka­n bantuan kepada masyarakat Siam di Kampung Chen Deng, semalam.
MAHDZIR menyerahka­n bantuan kepada masyarakat Siam di Kampung Chen Deng, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia