Harian Metro

Program Q’Fish jual ikan bawah RM10

-

Shah Alam: Sembilan jenis ikan termasuk kembung kini boleh didapati dengan harga serendah RM8.50 bagi satu kilogram (kg) berbanding harga pasaran di pasar tani seluruh negara.

Ia ditawarkan menerusi program Q’Fish yang menjual ikan sejuk beku berkualiti dengan harga berpatutan kepada pengguna.

Ikan yang dibekal dan dipasarkan Persatuan Nelayan Kebangsaan itu boleh didapati di Kedai Rakyat 1Malaysia dan MyFarm Outlet, Putrajaya dengan harga tidak melebihi RM10 satu kg.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) M Saedon Ab Majid berkata, impak penjualan ikan termasuk kembung mencatatka­n peningkata­n sehingga 25 peratus pada musim perayaan.

“Menerusi Q’Fish, pengguna boleh mendapatka­n ikan seperti kembung, selar, pelaling, cencaru, tilapia, keli dan aya dengan harga murah namun berkualiti sama seperti harga ikan segar.

“Ia akan diperluask­an ke semua negeri secara jualan terus kepada pengguna di lokasi atau pasar tani terpilih dalam tempoh terdekat dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan harga dan promosi Q’Fish di Pasar Tani Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Menurut M Saedon, LKIM akan sentiasa menjalanka­n pemantauan bagi memastikan bekalan ikan mencukupi dan tidak membebanka­n pengguna.

“Stok simpanan ikan segar sejuk beku sedia ada dan dibeku satu persatu itu mampu menampung bekalan bagi kawasan tengah, selatan, utara dan pantai timur Semenanjun­g,” katanya.

 ??  ?? M Saedon (dua dari kanan) menunjukka­n promosi ikan segar beku Q’Fish di Pasar Tani Stadium Shah Alam, semalam.
M Saedon (dua dari kanan) menunjukka­n promosi ikan segar beku Q’Fish di Pasar Tani Stadium Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia