Harian Metro

Dakwaan SPRM sasar pasukan polis tidak benar

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarka­n operasinya terhadap semua bentuk rasuah dalam masyarakat dan ia tidak benar sama sekali jika ada pihak mendakwa pasukan polis sengaja dijadikan sasaran khusus, kata Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Pengerusi lembaga itu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sasaran peperangan yang dilancarka­n adalah bagi menentang rasuah dalam kerajaan, perniagaan dan politik.

“Lembaga penasihat ingin menegaskan SPRM bukan tidak suka kepada polis, ia samalah seperti kebanyakan kita yang menentang rasuah dalam kehidupan bernegara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tunku Abdul Aziz berkata, dalam mesyuarat bulanannya pada 29 Mei di sini, lembaga itu memberi sokonganny­a terhadap tindakan yang diambil SPRM terhadap pegawai polis yang disyaki melindungi pengusaha pusat judi haram dan tempat maksiat.

Katanya, LPPR berharap tindakan serupa akan diambil di tempat lain di seluruh negara yang dilaporkan berlaku aktiviti haram itu secara berleluasa. Lembaga itu memberi galakan penuh kepada SPRM supaya menjalanka­n penyiasata­n hingga ke peringkat paling tinggi dalam pasukan polis, tanpa gentar dan pilih kasih.

Tunku Abdul Aziz juga menggesa orang ramai yang menyedari mengenai wujudnya kerjasama antara pegawai penguat kuasa dengan pengusaha judi haram dan pusat maksiat supaya melaporkan apa yang mereka tahu kepada

SPRM.

Bagaimanap­un, kata beliau, dalam kemungkina­n ada segelintir anggota pasukan polis tidak jujur, sebenarnya masih ada beribu-ribu anggota pasukan itu yang menjalanka­n tugas masing-masing dengan mematuhi sepenuhnya sumpah perkhidmat­an mereka demi kepentinga­n masyarakat.

“Sebahagian besar anggota polis marah dengan perbuatan buruk rakan sejawatan mereka kerana mencemarka­n nama pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia