Harian Metro

Laungan Maha Cendol Senawang

-

Putrajaya: “Cendol special (istimewa) santan sawit satu jag lima ringgit.. tambah durian sepuluh ringgit.. dari Senawang datang Putrajaya nak jual cendol je,” kata tujuh jejaka Maha Cendol secara serentak.

Itu adalah laungan pasukan sorak Maha Cendol yang memeriahka­n Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3 di sini, sekali gus menjadi tarikan kepada pengunjung yang mencari juadah enak untuk berbuka puasa.

Pendekatan yang digunakan itu nyata mampu menarik pengunjung terutama penjawat awam dan penduduk yang berada di sekitar Putrajaya sehingga sanggup beratur panjang untuk mendapatka­n Maha Cendol.

Pengusaha Maha Cendol Khairul Anwar Sarjat, 30, berkata, idea itu datang secara spontan dan tidak sangka ia berhasil sehingga mampu menjual 300 hingga 500 bungkus cendol setiap hari.

“Saya terfikir untuk menggunaka­n cara ini bagi menarik perhatian pengunjung. Jika saya seorang saja mempromosi gerai kami mungkin tidak ramai tahu kewujudan gerai kami.

“Oleh itu, saya dan rakan lain mengambil keputusan untuk sama-sama mempromosi­kan cendol dengan bersorak serentak,” katanya.

Dia yang juga bekas jurutera automotif berkata, keunikan rasa cendol yang dihasilkan turut membantu melariskan jualan cendol yang dihasilkan dia dan adiknya Khairul Nizam Sarjat, 25, sejak berniaga di bazar itu, dua tahun lalu.

“Cendol yang kami hasilkan berbeza daripada cendol lain. Kami menggunaka­n santan sawit yang tidak mengandung­i kolesterol selain menggunaka­n gula enau asli dari Negeri Sembilan.

“Selain itu, kami menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an dengan pembelian sekurang-kurangnya RM20. Kami juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan mereka boleh membuat tempahan melalui 011-2635 6965,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL Anwar (kanan) menunjukka­n Maha Cendol yang dijualnya.
KHAIRUL Anwar (kanan) menunjukka­n Maha Cendol yang dijualnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia