Harian Metro

Penyamun berpurdah

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Menyamar dengan berpakaian seperti wanita. Itu modus operandi seorang lelaki untuk mencuri wang tunai dan barangan berharga milik mangsa dengan menoreh beg tangan mereka ketika berada di kaunter pembayaran di pusat beli-belah.

Suspek yang dilihat memakai jubah wanita dan berpurdah itu mensasarka­n mangsa yang sedang leka menjawab panggilan telefon ketika berada di kaunter pembayaran sebelum menoreh beg tangan mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaru suspek ketika dia sedang membuat pembayaran di kaunter sebuah pusat beli-belah di Medan Idaman, di sini, 30 Mei lalu.

Menurut anak mangsa, Ridzuan Radzi, 38, ibunya, Latifah Abd Majid, 64, berada di pusat beli-belah berkenaan untuk membeli keperluan harian sebelum berbaris di kaunter pembayaran berhampira­n pintu keluar.

Katanya, ketika berada di kaunter pembayaran, ibu menyedari seorang ‘wanita’ yang memakai jubah dan berpurdah berdiri di belakangny­a, namun tidak membawa sebarang barangan untuk dibayar.

“Malah ibu menyedari kelakuan individu itu pelik dan gayanya seperti seorang lelaki, namun tidak mengendahk­annya. Ketika giliran ibu untuk membuat pembayaran, telefon bimbitnya berbunyi.

“Bagaimanap­un dia tidak mengangkat panggilan berkenaan selepas dinasihatk­an juruwang kerana pernah berlaku kes kecurian ketika pelanggan leka menjawab panggilan telefon di kaunter pembayaran,” katanya.

Ridzuan berkata, ketika membuat pembayaran, ibunya terasa sesuatu yang tajam di bahagian pinggang sebelum menyedari lelaki itu menoreh beg tangannya menggunaka­n pisau.

“Ibu yang terkejut dengan tindakan lelaki itu hanya mendiamkan diri kerana bimbang dicederaka­n. Se-

 Penjenayah toreh beg tangan wanita warga emas ketika di kaunter pembayaran

baik menoreh beg berkenaan, lelaki itu melarikan diri dengan mengambil sejumlah wang tunai.

“Ibu kemudian memaklumka­n kepada kami selepas melihat kesan torehan hampir 10 sentimeter pada beg tangannya selain wang tunainya hilang dilarikan lelaki berkenaan,” katanya.

Katanya, mereka memaklumka­n kepada pihak pengurusan pusat beli-belah berhubung kejadian itu.

“Pihak pengurusan memaklumka­n bahawa kejadian itu bukan kali pertama berlaku di pusat beli-belah berkenaan.

“Individu itu dipercayai lelaki yang menyamar sebagai wanita dengan memakai jubah dan berpurdah untuk mengelak identitiny­a dikenal pasti,” katanya.

 ??  ?? BEG tangan milik Latifah yang ditoreh suspek ketika berada di kaunter pembayaran di sebuah pusat beli-belah di Medan Idaman, Gombak.
BEG tangan milik Latifah yang ditoreh suspek ketika berada di kaunter pembayaran di sebuah pusat beli-belah di Medan Idaman, Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia