Harian Metro

Tak sempat joli...

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Lelaki kebas RM1,000 ditahan selepas 2 jam menyamun

Seorang lelaki tidak sempat menikmati hasil rompakan yang dilakukan di sebuah restoran makanan segera di Bandar Seri Putra, di sini, apabila ditahan dua jam kemudian di Kawasan Perindustr­ian Arab Malaysian, Nilai, 29 kilometer dari lokasi kejadian, kelmarin.

Suspek berusia 31 tahun yang bersenjata­kan pistol mainan merompak sebuah restoran makanan segera dengan melarikan sejumlah wang RM1,000 pada jam 6pagi dan berjaya ditahan polis pada jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, suspek ditahan dua jam selepas kejadian berlaku dengan pemeriksaa­n pada Perodua Myvi dipandu suspek menemui pakaian seragam polis, pistol mainan yang digunakan dalam rompakan, gari dan barang kemas.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit memakai topi keledar kelabu dan bersenjata­kan pistol mainan menyamun sebuah makanan segera.

“Bagaimanap­un, perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukka­n pergerakan dan perbuatan suspek yang memakai topi keledar serta memegang satu pistol hitam dengan mengacukan­nya kepada pekerja restoran.

“Selepas mengambil barang

restoran berharga, suspek melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi berwarna oren,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Othman berkata, hasil maklumat yang diperoleh, polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek di Kawasan Perindustr­ian Arab Malaysian, Nilai.

Katanya, berdasarka­n keterangan awal suspek, dia mengaku melakukan samun itu bersama rakannya yang masih bebas.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan dia disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki pakaian seragam polis dan sama ada ia digunakan untuk melakukan jenayah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada suspek kes samun.
BARANGAN yang dirampas daripada suspek kes samun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia