Harian Metro

Gabungan 100 juadah

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 SACC tawar bufet sajian istimewa warisan nusantara sempena Ramadan

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali tahun ini dengan bufet Ramadan bertemakan Citarasa Warisan Nusantara.

Pelbagai sajian istimewa warisan Nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 juadah menarik dari dapur SACC disediakan khas untuk pengunjung.

Kambing kebuli yang menjadi hidangan utama dan tradisi di SACC pasti akan menjadi tumpuan pengunjung.

Selain itu, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan istimewa seperti ampal (ayam) masak merah banjar, gulai itik hijau Nusantara dan kepala ikan pindang lampung.

Kelazatann­ya boleh dirasai kerana cita rasa yang sempurna hasil gabungan kepakaran cef SACC, diketuai Cef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Cefnya, Rizal Nahar.

Bufet berharga RM88+ untuk dewasa dan RM 48+ untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 10 tahun. Bagi kanak-kanak berumur bawah enam tahun, masuk adalah percuma.

Promosi istimewa yang berlangsun­g menawarkan baucar bufet Ramadan dengan harga serendah RM78+. Maklumat lanjut mengenai promosi boleh didapati menerusi laman web SACC, www.sacc.com.my/ bufet-ramadan-2017 dan untuk membuat tempahan awal, sila hubungi talian 03-55118858.

Sementara itu, SACC turut bekerjasam­a dengan Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu dan mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria.

Justeru, setiap baucar bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM88+, RM1 akan disalurkan bersama sumbangan lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahka­n kepada SACC melalui MAPIM.

 ??  ?? PELBAGAI juadah menarik boleh dinikmati sempena Ramadan ini di SACC.
PELBAGAI juadah menarik boleh dinikmati sempena Ramadan ini di SACC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia