Harian Metro

Sajian buka selera

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Rasai pelbagai hidangan hebat ketika berbuka puasa di Hotel Istana Kuala Lumpur

Lebih 100 hidangan menampilka­n masakan tempatan asli yang bakal menggamit kenangan disajikan menerusi bufet Ramadan di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Diketuai Cef Eksekutif Al Fitri Al Bakri, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kerabu yang lazat seperti kerabu isi ketam, kerabu betik, kerabu udang, kerabu daging tomato dan kerabu ayam pegaga sebagai pembuka selera.

Hidangan utama yang tidak boleh dilepaskan pula seperti

dan banyak lagi.

Selain itu, tetamu juga boleh memilih hidangan masakan yang dimasak secara langsung di stesen cef yang menyajikan kegemaran tempatan seperti char kuetiau, lemang, masakan gril ala Portugis serta hidangan kambing di stesen Carvery dan lain-lain.

Untuk memeriahka­n lagi kembara gastronomi anda, pasukan kulinari kami juga menghidang­kan masakan dari seluruh Malaysia, serta negara luar seperti Nasi Dalcha, Tulang Rusuk, Briyani Pakistan, Nasi Tradisiona­l Kelantan dengan Kacang Panjang Segar dan

Daging Panggang,

dan banyak lagi.

Di samping masakan asli Melayu, tetamu juga boleh memilih masakan India, Barat, Cina dan Fusion sebagai pelengkap hidangan.

Bagi penggemar durian, Hotel Istana membawakan Durian Delights yang menghidang­kan serawa durian dengan pulut, dodol durian, durian strudel, cendol durian, ABCD - Air batu campur dengan durian dan durian crepe.

Selepas menjamu selera, tetamu boleh mengakhiri jamuan ini dengan pilihan kuih dan manisan Melayu seperti keria, onde-onde, cucur badak, bingka ubi, tepung talam, kuih lapis atau putu piring dan pencuci mulut lain seperti

dan

sebagainya.

Bufet Citarasa Ramadan di Taman Sari Brasserie, Hotel Istana Kuala Lumpur ini berharga RM169 setiap orang dewasa dan RM75 bagi setiap kanak-kanak (empat hingga 11 tahun).

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 03-21419988.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEMUA hidangan disediakan oleh cef
ber p en galaman .
SEMUA hidangan disediakan oleh cef ber p en galaman .
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia