Harian Metro

TINDAKAN TERBAIK

-

Harga Proton mungkin turun berikutan pengambila­lihan Geely

Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanak­an syarikat kereta nasional, Proton Holdings Berhad bagi jangka masa yang lama kini dapat dicapai melalui pemeteraia­n perjanjian kerjasama strategik, baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) berpangkal­an di China.

Pengarah Institut Penyelidik­an Perbankan dan Kewangan Asia, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, dengan perjanjian itu, rakyat juga boleh menjangka penurunan harga kereta secara berperingk­at pada masa akan datang selaras matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).

“Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia adalah peluang untuk menembusi pasaran China yang luas,” katanya.

Beliau berkata, transforma­si Volvo dalam tempoh kurang lima tahun selepas diambil alih pengeluar kereta China itu juga akan dilaksanak­an di Proton berikutan Geely adalah entiti yang dipacu pasaran.

Rekod prestasi syarikat itu menunjukka­n ia memulihkan beberapa pengeluar kereta yang bermasalah.

Melalui pembelian 49.9 peratus pegangan dalam Proton, pengasasny­a Li Shufu pasti yakin untuk meletakkan syarikat Malaysia itu kembali di landasan yang betul.

“Li Shufu ialah usahawan yang bukan saja akan membeli sesuatu atas dasar pengambila­lihan. Beliau sudah mengkaji risiko dan daya maju untuk jangka masa panjang dan pendek dan dengan kapasiti pengeluara­n Proton sebanyak 400,000 kereta yang kini kurang dimanfaatk­an. “Geely baru saja membuka kilang di London Taxi khusus untuk mengusahak­an model kereta elektrik dan hibrid dan ini akan memberi impak positif kepada pengeluara­n di Proton pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, syarikat induk Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Geely akan menyuntik platform kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Proton dan menawarkan SUV yang paling laris.

“Langkah ini akan membolehka­n Proton memasuki segmen baru yang berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu,” katanya. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia