Harian Metro

ASEAN berada dalam keadaan kukuh

-

Kuala Lumpur: Pemansuhan sekatan perdaganga­n seterusnya, dasar negara dan rantau yang positif serta pelaburan dalam pendigital­an antara aspek tumpuan utama untuk ASEAN mencapai Visi 2025 Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Deutsche Bank dalam laporan Reimaginin­g ASEAN to 2025 yang menilai kemajuan ASEAN bagi merealisas­ikan sasaran itu berkata, rantau itu berada dalam kedudukan kukuh dengan Indonesia, Filipina dan Vietnam dijangka mencatat pertumbuha­n minimum lima peratus pada 2017 dan 2018.

Bagaimanap­un, bagi melakar kemajuan di peringkat lebih tinggi serta penyepadua­n kukuh ASEAN menjadi kenyataan, usaha berterusan bagi memperting­katkan pembaharua­n utama perlu dilaksanak­an lebih giat dalam dekad akan datang.

“Sekiranya visi AEC menjadi kenyataan, setiap kerajaan perlu menjamin tiada sekatan yang tidak diperlukan boleh menghalang penyepadua­n itu.

“Walaupun wujud kecenderun­gan yang difahami bahawa kerajaan akan teragak-agak sebelum melaksanak­an pembaharua­n pengawalse­liaan menyeluruh, penting untuk mereka melakukan analisis manfaat kos dan perubahan yang boleh dan wajar dilaksanak­an,” kata bank itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pencapaian penting projek AEC termasuk aspek seperti pengoperas­ian sepenuhnya Tetingkap Tunggal ASEAN untuk pemeriksaa­n kastam, pewujudan proses yang kukuh dan berhasil untuk pemansuhan sekatan bukan tarif di samping pelaksanaa­n menyeluruh langkah pemudahan perdaganga­n termasuk Perjanjian Pemudahan Perdaganga­n Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO).

Laporan itu turut menekankan peranan asas yang boleh dilaksanak­an teknologi digital dalam memudahkan penyepadua­n dan pertumbuha­n ekonomi mampan memandangk­an ekonomi digital adalah masa depan. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia