Harian Metro

Peluang perbaiki kewangan

- Penulis Perancang Kewangan Islami (IFP), INFAQ Consultanc­y & Advisory

 Penjimatan perbelanja­an di bulan Ramadan beri kelebihan kepada umat Islam

FAKTA

Berdasarka­n laporan, kira-kira 1,000 tan makanan terbuang begitu saja

di bulan puasa

Ramadan adalah bulan terbaik untuk membuat perubahan dalam pengurusan kewangan kerana berpuasa selain mampu memberikan kesihatan untuk tubuh, ia juga adalah peluang terbaik untuk memperbaik­i kewangan kita.

Dengan berpuasa, sepatutnya kita dapat menjimatka­n kos belanja makan dan minum. Jika sebelum ini kita makan dan minuman sekurang-kurangnya sehari lima kali, sepanjang Ramadan hanya tinggal dua kali iaitu ketika bersahur dan berbuka.

Kita dapat menjimatka­n kira-kira 50 peratus perbelanja­an makan minum sepanjang sebulan berpuasa. Antara hikmah puasa untuk mendidik umat Islam supaya menginsafi nasib saudara seagama di negara yang dilanda kebuluran dan peperangan.

Kita di Malaysia bertuah kerana walaupun berpuasa, masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk makan dan minum apabila selesai menjalani ibadah puasa di siang hari, namun ia bukan lesen untuk kita mengambil segala jenis yang ada di depan mata.

Bazar Ramadan antara cabaran terbesar ketika berpuasa kerana mengunjung­inya dalam keadaan lapar menjadikan nafsu lebih berkuasa berbanding akal hingga akhirnya berlaku pembaziran makanan dan minuman.

Jadi, jalan terbaik untuk mengelakka­n pembaziran adalah dengan tidak mengunjung­i kawasan seperti itu. Itu jalan paling ampuh. Dengan tidak mengunjung­inya, maka tidak berlaku pembaziran.

Sepanjang Ramadan, selalunya majikan akan memberikan pelepasan awal untuk pulang ke rumah. Jadi, kita boleh menggunaka­n kesempatan masa yang ada di rumah untuk memasak juadah berbuka.

Berdasarka­n laporan, sebanyak kira-kira 1,000 tan makanan terbuang begitu saja di bulan puasa. Ia sebenarnya statistik yg menyedihka­n dan memalukan umat Islam di Malaysia. Begitu juga dengan bufet Ramadan. Dengan kos antara RM30 hingga RM100 seorang bagi 10 hingga 20 menu hanya untuk sekali berbuka, ia hanya pembaziran yang nyata, tidak praktikal dan ekonomi.

Sesekali boleh juga mengambil peluang untuk berbuka di masjid atau surau. Selain untuk berbuka, ia juga sekurang-kurangnya dapat mendekatka­n diri kepada Allah. Berbuka secara berjemaah dengan masyarakat setempat juga dapat mengeratka­n tali silaturahi­m sesama umat Islam.

Pada Ramadan juga, jangan dilupa mengenai zakat. Zakat bukan sekadar zakat fitrah, malah zakat lain juga boleh ditunaikan seperti zakat harta, pendapatan, simpanan, perniagaan, emas dan perak serta zakat lain.

Pembayaran zakat pada Ramadan memudahkan kita untuk membuat kiraan haul dan nasabnya kerana ia mengikut bulan dalam tahun Hijrah iaitu 2.5 peratus. Jadi, jika kita membayar zakat setiap kali Ramadan, kita tidak perlu lupa tarikh dan kadar sepatutnya berbanding menunaikan­nya mengikut tahun Masihi.

Menjelang musim perayaan pula, usahlah terlalu membazir dan terburu-buru untuk bertukar kepada barang baru seperti baju raya, langsir raya, kereta raya dan lain-lain. Jika membeli baju raya, belilah pakaian yang normal dan bukan pakaian ‘hipster’ yang hanya boleh dipakai sekali saja.

Jika membeli baju baru, pilihlah yangg biasa dan boleh dipakai hari-hari supaya masih boleh dikenakan di luar musim perayaan. Begitu juga perabot dan perhiasan rumah. Langsir boleh guna saja yang sudah ada di rumah. Rumah pun tidak perlu diubah suai hanya kerana hendak menyambut raya.

Tidak berbaloi berhabisan wang untuk menyambut raya sehari atau sebulan sedangkan sebelas bulan lain terpaksa menanggung beban hutang, apatah lagi jika mengambil pembiayaan peribadi untuk menyambut raya dilarang sama sekali. Cukup-cukuplah berhutang untuk rumah dan kereta, usah ditambah lagi beban yang sedia ada.

Akhir sekali, rancang dari awal kos untuk balik kampung yang membabitka­n petrol, tol dan penyelengg­araan kenderaan bagi mengelakka­n kesulitan ketika hari perayaan.

Perancanga­n awal selain dapat melancarka­n perjalanan, ia juga dapat mengelakka­n kebocoran poket untuk perkara tidak diingini akibat kerosakan disebabkan kecuaian kita membuat pemeriksaa­n enjin, tayar dan sebagainya.

 ??  ?? KEHADIRAN bulan Ramadan seharusnya mendorong umat Islam untuk berjimat.
KEHADIRAN bulan Ramadan seharusnya mendorong umat Islam untuk berjimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia