Harian Metro

AirAsia tawar 3 juta tempat duduk percuma

-

Kuala Lumpur: Syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia, AirAsia kini menawarkan kembali promosi kira-kira tiga juta tempat duduk percuma bagi kempen terbarunya untuk tempoh perjalanan antara 15 Januari hingga 28 Ogos 2018.

Tempahan yang boleh dibuat hingga 11 Jun membolehka­n pelanggan menikmati tambang serendah RM0 ke pelbagai destinasi termasuk dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Surat Thani, dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Singapura serta dari Johor Bahru ke Terengganu.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, tawaran tempat duduk percuma itu adalah peluang terbaik yang perlu dimanfaatk­an orang ramai untuk merancang jadual percutian me- reka bagi tahun depan.

“Menerusi tawaran ke pelbagai destinasi menarik, ia amat sesuai dijadikan peluang untuk mereka bercuti panjang atau singkat pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Penumpang yang menaiki AirAsia X juga berpeluang menikmati tambang serendah RM199 bagi destinasi Kuala Lumpur ke Perth dan Chongqing selain dapat menggunaka­n kemudahan katil rata premium yang mendapat anugerah untuk destinasi dari Kuala Lumpur ke Beijing, Shanghai, Osaka, Busan, Auckland, Gold Coast dan destinasi lain pada tambang hanya RM899.

Malah, tawaran kemudahan katil rata di bawah The

Premium Flatbed serta Premium Flex itu turut disertakan dengan insurans perjalanan bagi semua penerbanga­n terus dari Malaysia ke Thailand.

Pemegang kad prabayar BIG AirAsia boleh membuat tempahan di airasia.com, AirAsiaGo dan AirAsia Expedia manakala pemegang akaun Citibank di Malaysia akan mendapat tawaran eksklusif iaitu 100 tempahan pertama harian dengan Kad AirAsia-Citi berpeluang menerima baucar elektronik RM50 AirAsia.

Menerusi tawaran ke pelbagai destinasi menarik, ia amat sesuai dijadikan peluang untuk mereka bercuti panjang atau singkat pada hujung minggu”

Siegtraund Teh

 ??  ?? AirAsia beri penerbanga­n percuma hingga Ogos 2018.
AirAsia beri penerbanga­n percuma hingga Ogos 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia