Harian Metro

Watsons tawar diskaun sehingga 50 peratus

-

Kuala Lumpur: Watsons Malaysia, peruncit produk kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia melancarka­n kempen hari raya dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelanggan dan ahli kad VIP Watsons.

Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, sepanjang tempoh kempen bermula 7 Jun hingga 24 Julai, pelanggan berpeluang menikmati promosi menarik daripada jenama produk kecantikan dan kesihatan yang mengambil bahagian.

“Hari raya adalah musim perayaan yang penting bagi Watsons untuk meraikanny­a bersama pelanggan.

“Selain membekalka­n pengalaman membeli-belah yang terbaik sama ada di kedai mahupun kedai dalam talian, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada pelanggan dan ahli VIP Watsons.

“Untuk terus meningkatk­an semangat perayaan, kami menampilka­n bekas untuk menyimpan biskut raya, gula-gula atau alat kecantikan menerusi siri Kanister Raya Cun dengan pelbagai pilihan warna yang boleh didapati pada harga bermula RM12.53 selain potongan harga sehingga 55 peratus,” katanya pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Watsons Lagenda Cun di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, selain itu, Watsons juga menawarkan hadiah bernilai RM20,000 dan 60,000 mata ganjaran kepada ahli VIP Watsons yang berbelanja minimum RM100 di cawangan dan portal Watsons.

Seiring dengan kempen berkenaan, Watsons mempersemb­ahkan filem epik digital Legenda Cun yang diinspiras­ikan daripada filem Melayu pada era kegemilang­an Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Legenda Cun yang menampilka­n barisan selebriti seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Raja Ilya dan Ruhainies akan mula ditayangka­n pada 7 Jun menerusi laman Facebook dan YouTube rasmi Watsons Malaysia. Avery Dennison

Corporatio­n, peneraju global dalam penyelesai­an pelabelan komited untuk mengembang­kan kepakaran tempatan serta meningkatk­an keupayaan pengeluara­n untuk menyediaka­n portfolio material pembungkus­an dan pelabelan paling komprehens­if di rantau ini.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Perniagaan Pelabelan dan Material Grafik Avery Dennison bagi Asia Pasifik Selatan dan Sub-Sahara Afrika

Anil Sharma berkata, pihaknya mempunyai komitmen jangka panjang untuk terus memperkuku­hkan pembanguna­n industri pembungkus­an dan pelabelan dunia.

Menurutnya, Avery Dennison mentauliah­kan barisan saduran pelekat, Hotmelt di kemudahan pembuatann­ya di Bangi, Malaysia dan pelaburan terbaru itu akan membantu syarikat untuk berkhidmat kepada pelanggan di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

 ??  ?? WATSONS mempersemb­ahkan filem epik digital Legenda Cun yang diinspiras­ikan daripada filem Melayu pada era kegemilang­an Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.
WATSONS mempersemb­ahkan filem epik digital Legenda Cun yang diinspiras­ikan daripada filem Melayu pada era kegemilang­an Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia