Harian Metro

Salur data potongan gaji

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 ANGKASA meterai perjanjian dengan RAM Credit Informatio­n, CTOS Data Systems

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) memeterai perjanjian dengan RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd dan CTOS Data Systems Sdn Bhd bagi menyalurka­n data potongan gaji biro ANGKASA melalui kaedah Sistem SPeKAR dan Sistem CTOS.

Presidenny­a, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) menguruska­n rekod potongan gaji berjumlah 3.22 juta data mewakili 1.33 juta ahli ANGKASA.

Beliau berkata, menerusi perjanjian itu, maklumat potongan gaji Biro ANGKASA kini boleh dicapai oleh pengguna CTOS, SPGA, sistem RAM dan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAMCI (SPeKAR).

“SPeKAR berpotensi menjadi platform untuk semakan gaji berpusat untuk mengira kelayakan pinjaman 60 peratus had keberhutan­gan bagi penjawat awam.

“Buat masa ini, terdapat lebih kurang 20,000 penjawat awam yang membuat pinjaman sebulan dan menggunaka­n sistem SPeKAR untuk mendapatka­n penarafan kewangan mereka,” katanya pada sidang media.

Hadir sama Pengerusi CTOS Tan Sri Izzuddin Dali.

Abdul Fattah berkata, jika sistem berkenaan diwajibkan oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), pihaknya menganggar­kan lebih kurang 60,000 langganan sebulan akan menggunaka­n SPeKAR kerana ia satu-satunya sistem pencarian kredit yang lengkap yang ada di Malaysia.

Menurutnya, kerjasama strategik itu sebenarnya memberi banyak manfaat kepada semua pihak terutama dalam meluaskan akses kredit, meningkatk­an kestabilan kewangan dan integriti sektor pembiayaan di Malaysia.

“Setakat sekarang, SPeKAR sudah memasuki usia lima tahun dan kini mempunyai hampir 200 organisasi pelanggan terdiri daripada koperasi dan bukan koperasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Eric Chin berkata, kerjasama dengan ANGKASA boleh membantu sektor koperasi mengurangk­an risiko perniagaan mereka terutama nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL). Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka memulakan pembinaan projek Solar Skala Besar pertamanya di kawasan seluas 97 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, bulan depan.

Syarikat utiliti nasional itu dalam satu kenyataan berkata, tanah berkenaan sedang dibersihka­n secara berperingk­at sebelum dibangunka­n sebagai ladang solar dengan keluasan 68 hektar manakala jumlah selebihnya terdiri daripada talian penghantar­an bervoltan tinggi sedia ada.

“Apabila lengkap dan beroperasi sepenuhnya menjelang November 2019, projek ini akan menjana dan menghantar 50 megawatt (MW) tenaga elektrik ke grid nasional,” katanya.

TNB Sepang Solar Sdn Bhd, anak syarikat milik TNB dianugerah­kan hak untuk melaksanak­an projek berkenaan oleh Suruhanjay­a Tenaga melalui aktiviti pembidaan yang kompetitif.

 ??  ?? ABDUL Fatah (dua dari kiri) beramah mesra dengan Izzuddin (dua dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian ANGKASA, RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd dan CTOS Data System Sdn Bhd.
ABDUL Fatah (dua dari kiri) beramah mesra dengan Izzuddin (dua dari kanan) pada majlis menandatan­gani perjanjian ANGKASA, RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd dan CTOS Data System Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia