Harian Metro

Mayat jadi pembonceng

- Agensi

Seorang lelaki miskin terpaksa membawa mayat isterinya menaiki motosikal untuk pulang ke kampung selepas tidak mendapat perkhidmat­an ambulans di hospital dan tidak mampu menyewa van mayat.

Shankar Sah, 60, dari kampung Ranibari di daerah Purnia di negeri Bihar berkata, isterinya, Susheela Devi, 50, meninggal dunia kerana sakit di sebuah hospital kerajaan pada Jumaat lalu.

“Petugas hospital mengarahka­n membawa pulang mayat isteri tetapi apabila saya meminta sebuah kenderaan mereka memberitah­u saya perlu uruskan sendiri,” katanya.

Sah kemudian berjumpa seorang pemandu ambulans tetapi lelaki itu meminta bayaran sebanyak Rs2,500 (RM166) yang tidak mampu dibayarnya.

Kerana tiada pilihan, Sah dan anak lelakinya, Pappu terpaksa membawa mayat isterinya pulang ke kampung menaiki motosikal untuk upacara pengebumia­n.

“Saya dan anak saya bekerja sebagai buruh dan pendapatan kami terlalu kecil menyebabka­n saya tidak mampu menyewa kenderaan untuk membawa mayat isteri,” jelasnya.

Seorang doktor di hospital berkenaan, M Wasim memberitah­u, keadaan itu berlaku kerana tiada van mayat disediakan di hospital itu.

Bawa pulang jenazah isteri naik motosikal kerana tidak mampu sewa van mayat

“Semua waris pesakit perlu menguruska­n kenderaan sendiri untuk membawa mayat keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, majistret daerah, Pankaj Kumar Pal berkata, kejadian itu sangat malang dan dia sudah mengarahka­n siasatan berkaitan insiden berkenaan.

Kejadian itu juga mengimbau kembali peristiwa pada Ogos tahun lalu apabila seorang lelaki, Dana Manjhi terpaksa memikul mayat isterinya untuk pulang ke kampung selepas tidak mampu menyewa ambulans di hospital. keluar dari kereta menuju ke sebuah ambulans untuk dibawa ke hospital.

Doktor memberitah­u, batang besi itu berjaya dikeluarka­n melalui pembedahan.

Katanya, lelaki itu terselamat kerana batang besi berkenaan tidak mengenai organ penting dalam badan mangsa. - Agensi

 ?? Shankar Sah ?? Saya dan anak saya bekerja sebagai buruh dan pendapatan kami terlalu kecil menyebabka­n saya tidak mampu sewa kenderaan untuk membawa mayat isteri” PAPPU membonceng motosikal yang ditunggang Sah sambil memegang mayat isterinya untuk dibawa pulang ke...
Shankar Sah Saya dan anak saya bekerja sebagai buruh dan pendapatan kami terlalu kecil menyebabka­n saya tidak mampu sewa kenderaan untuk membawa mayat isteri” PAPPU membonceng motosikal yang ditunggang Sah sambil memegang mayat isterinya untuk dibawa pulang ke...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia