Harian Metro

1,200 Daish di Filipina

Jakarta dakwa militan asing termasuk dari Indonesia berada di Marawi

-

Kira-kira 1,200 anggota Daish berada di Filipina termasuk militan di mana 40 daripada mereka adalah dari Indonesia, kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.

Ryamizard memberitah­u perkara itu dalam satu forum keselamata­n antarabang­sa di sini ketika tentera Filipina bertempur dengan pemberonta­k Maute yang dipercayai dibantu militan Daish di Marawi.

Bekas jeneral tentera itu berkata, militan Daish itu umpama mesin pembunuh dan menggesa satu operasi serantau berskala penuh bagi menentang kumpulan berkenaan.

“Saya diberitahu ada 1,200 militan Daish di Filipina dengan 40 daripada mereka adalah dari Indonesia,” katanya dalam forum itu yang turut dihadiri Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis.

Ancaman keganasan termasuk kepulangan ratusan militan dari Asia Tenggara yang berjuang bersama Daish di Syria dan Iraq adalah antara isu utama dalam persidanga­n tiga hari itu.

Beratus-ratus pemberonta­k Maute dan dibantu militan Daish menawan Marawi di selatan Filipina pada 23 Mei lalu selepas tentera cuba menangkap ketua mereka, Isnilon Hapilon.

Kira-kira 50 militan masih menguasai pusat bandar selepas dua minggu pertempura­n yang menyaksika­n 177 orang terbunuh termasuk 120 militan.

“Apakah cara untuk menangani militan asing ini? Kita perlu komprehens­if. Kita perlu mencari jalan yang lengkap. “Bagaimanap­un, pada masa yang sama kita perlu berwaspada kerana mereka adalah ‘mesin pembunuh’ dan tujuan mereka adalah untuk membunuh.

“Sebab itu menjadi tanggungja­wab kita untuk mempunyai persefaham­an, kesepakata­n dan tindakan bersama untuk menentang militan asing ini,” tegasnya.

FAKTA 50 militan masih menguasai pusat bandar selepas dua minggu pertempura­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia