Harian Metro

Pesawat ringan rempuh gunung

- Reuters

Tokyo: Empat terbunuh apabila pesawat Cessna terhempas ke kawasan pergununga­n di tengah Jepun, kata polis tempatan semalam.

Menurut polis, pesawat ringan yang membawa empat penumpang itu terjunam ke Apls Utara Jepun di Tateyama pada Sabtu lalu.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada lelaki dipercayai seorang daripada mangsa yang berada dalam pesawat itu.

Semua mangsa ialah lelaki berusia 21 hingga 57 tahun.

“Dua orang, termasuk juruterban­g tidak sedarkan diri manakala dua lagi masih dalam keadaan sedar,” kata pegawai wilayah Toyama selepas menerima panggilan kecemasan itu.

Namun cuaca buruk dan kabus tebal menyukarka­n operasi menyelamat dan menghalang pekerja keselamata­n, termasuk helikopter, daripada mengesan pesawat berkenaan, kata polis. Empat belas jam selepas panggilan kecemasan diterima penyelamat akhirnya mengesan pesawat itu pada ketinggian kira-kira 2,300 meter.

Semua mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati, kata polis. - AFP

Polis Filipina semalam mengenal pasti identiti lelaki bersenjata di sebalik serangan ke atas kasino yang mengorbank­an 36 orang sebagai kaki judi tempatan yang bergeluman­g hutang sekali gus menolak sebarang pembabitan Daish.

Lelaki bersenjata itu yang dikenali sebagai Jessie Javier Carlos, 42, Jumaat lalu menyerbu masuk ke sebuah kasino di Manila sebelum membakar meja perjudian dan menyebabka­n puluhan orang mati lemas akibat terperangk­ap dalam asap kebakaran.

Kumpulan militan Daish mendakwa melakukan serangan itu, tetapi pihak berkuasa menegaskan ia cuma cubaan rompakan.

Menurut polis, Carlos membunuh diri di dalam sebuah bilik hotel selepas ditembak dan dicederaka­n anggota keselamata­n di kasino berkenaan.

“Menurut keluarga terdekatny­a,

 ??  ?? ALBAYALDE (kanan) menenangka­n ibu Carlos, Teodora, ketika sidang media mengenai kejadian itu. - AFP
ALBAYALDE (kanan) menenangka­n ibu Carlos, Teodora, ketika sidang media mengenai kejadian itu. - AFP
 ??  ?? SEMUA penumpang pesawat berkenaan maut. - Agensi
SEMUA penumpang pesawat berkenaan maut. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia