Harian Metro

Gencatan gagal, ribuan terperangk­ap

-

Marawi: Ribuan orang awam yang berharap dapat melarikan diri dari pertempura­n di bandar Marawi semalam masih terperangk­ap selepas gencatan senjata selama empat jam untuk memindahka­n mereka dicemari dengan pertempura­n.

Hanya 134 dibebaskan semalam, kurang dari hari-hari sebelumnya, walaupun kerajaan berharap lebih 1,000 akan berjaya meninggalk­an bandar yang dilanda pertempura­n sengit sejak 13 hari lalu itu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menjangkak­an ia berakhir dalam masa beberapa hari meskipun mendapat tentangan hebat pejuang yang memihak kepada Daish di bandar di selatan negara itu.

“Ia akan berakhir dalam kira-kira tiga hari lagi. Saya tidak teragak-agak menggunaka­n setiap kuasa yang ada,” kata Duterte Sabtu lalu selepas melawat sebuah hospital di Cagayan de Oro, tempat askar yang cedera dirawat.

Kira-kira 400 militan tempatan dengan bantuan kira-kira 40 militan asing menyerbu Marawi pada 23 Mei lalu, menggunaka­n taktik medan perang canggih untuk menguasai bandar itu.

Mereka dipaksa berundur ke pusat bandar itu oleh tentera Filipina sejak minggu lalu selepas kira-kira 4,000 tentera darat disokong helikopter dan pesawat melepaskan roket serta bom.

Ramai penduduk memberitah­u Reuters, serangan udara itu menyebabka­n banyak harta benda rosak dan berpuluh-puluh kematian orang awam. Pihak berkuasa menaikkan jumlah kematian daripada 20 kepada 38 semalam, tetapi berkata, kematian itu disebabkan militan.

Jurucakap presiden berkata, 120 militan terbunuh bersama 38 tentera kerajaan.

Sementara itu, Duterte berkata, penggunaan kuasa udara dihalang setakat ini.

“Saya boleh menamatkan perang ini dalam tempoh 24 jam. Apa yang saya perlu lakukan hanya mengebom seluruh tempat itu,” katanya.

Duterte meminta Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), gerakan pemisah Islam yang berpangkal­an di pulau Mindanao, untuk membantu merundingk­an perjanjian damai dengan pejuang Islam yang kebanyakan­nya dari kumpulan Maute yang berpangkal­an di sekitar Marawi.

Marawi yang digelar ‘Bandar Islam Marawi,’ juga terletak di Mindanao, kawasan ramai penduduk Islam di negara yang majoritiny­a Katolik dan diancam digugat kumpulan pemisah selama beberapa dekad.

MILF menganjurk­an gencatan senjata semalam yang berlangsun­g dari jam 8 pagi hingga tengah hari. Mereka berkeliara­n dengan pembesar suara meminta orang awam meninggalk­an bandar itu.

Bagaimanap­un, pada jam 9 pagi, tembakan meletus menyebabka­n penduduk gagal melarikan diri. - Reuters

 ??  ?? PASUKAN bantuan menolong orang ramai yang dipindahka­n dari Marawi. - AFP
PASUKAN bantuan menolong orang ramai yang dipindahka­n dari Marawi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia